Friday, November 28, 2008

AidilAdha fall on Dec 8

8 dec ni raya kurban, 10 days to go. nak wish selamat hari raya aidiladha tuk sume kengkawan blogger. seperti biase aku beraya kat kampungku di losong (losong hj mat shafie). x sabar nak beraya..hiks...kalo kat belah pantai timur nih, raya korban aka raya haji disambut meriah2 gitu. mmg dah adat cenggituh. tp ujan2 gini x taw la camne meriah nyer...agak2 lembu kambing pun xde mood nak dikorbankan...hiks.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails