Monday, August 31, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52

aku bersyukur menjadi anak malaysia.
bersyukur dapat menjalani kehidupan secara normal dalam keadaan aman dan damai.

apa erti merdeka pada aku?
merdeka bererti BEBAS. bebas drp segala-galanya.
^,^

Sunday, August 30, 2009

Sibling Love

hari ni aku nak ucapkan.......................
aku sayang adik beradik aku!!!!
along, angah, acik, n iman
i love u

ntah la, hari ni perasaan aku sedikit sayu. tetiba aku terfikir, andai antara kami ada yg pergi dulu, bagaimana kami akan menghadapinya. kami adalah satu...satu mana mungkin boleh dibahagi. jika dibahagi, ia tetap bertunjangkan pada satu. :--(

^,^

Saturday, August 29, 2009

kurma&air zam zam utk rakyat terengganu

khamis lepas, dlm akhbar sinar aku ade terbaca pasal MBku Ahmad Said kate dia yakin setiap rumah di dlm negeri terengganu akan menerima bungkusan kurma dan air zam zam. dan MBku kata lagi sekiranya ada penduduk yg x dpt bungkusan ini maknanya ada yg x betul berlaku pada JKKK kampung tersebut.

tp rumah aku x dpt pun bungkusan kurma ni... tunggu jgk aku kelmarin, kalau ade yg hantar tp hampeh, sampai ke petang aku tunggu xde pun. nak dijadikan cerita sebelum berbuka puasa, aku keluar umah jap nak dgr azan maghrib. tiba2 aku ternampak ade benda tersangkut kat pagar umah. aku g intai, rupanya....

benda ni hah...at last sampai jgk benda ni ke rumah aku. tp ade ke patut dia gantung je kat gate. x pandai bg salam ke. bagi by hand la...macam la kami xde kat umah. apadaa....ape2pun tenkiu :)

dlm bungkusan ni ade 3 bungkus kurma. dan 1 botol air zam zam. 3 bungkus means 3 jenis kurma. ajwa madinah, safawi madinah dan khudari. ajwa madinah is the best. kurma ni org panggil kurma nabi, sgt sedap ok.

inilah MB trg, MB yg penuh kontroversi..opsss...
rm7.8 juta dibelanjakan utk membeli bekalan ini drp Syarikat Al- Aqsa di madinah. ini syarikat dr Malaysia yg mempunyai kedai di madinah.
^,^

petang hari :: layan anak buah mandi kolam

lepas solat jumaat tadi mak ayah dorang dah balik lanchang. tinggal la dua beradik ni kat sini... yaya asyik merengek nak mandi kolam. kalau ayah dia ada, ayah dia yg layan anaknya. bile ayah dia xde, kesian la jgk kan. aku ni mak sedara yg prihatin... aku layan la meke dua ni nak mandi. bukan susah pun, letak je meke dlm kolam tu, bior sampai menggigil. dah gigil baru angkat...:p




p/s: bila aku menulis blog, aku selalu je terpikir, camne nak akhiri satu2 post. asyik break mengejut jer... ^,^

Friday, August 28, 2009

owh bata

huahuahua...aku ni budusss jgk nye. selama ni aku ingatkan bata tu jenama malaysia. rupenya bata ni jenama dr luar cuma sudah lama bertapak dlm negara. tomas bata adalah pengasas jenama bata ni dan bata diambil sempena nama dia la.

tomas bata (1876-1932)

tomas bata meninggal tahun 1932, anak dia thomas j bata plak yg gantikan tempatnya. tahun lepas tomas j bata plak meninggal, skrg aku x taw la sape plak penggantinya. jenama bata kat malaysia ni dah establish, cuma kadang2 rekaan dia cam kolot skit. dengarnya skrg bata kuarkan beg tangan n tali pinggang plak....semoga berjaya la.

thomas j bata (1914-2008)

dulu mase zaman aku skolah, mesti pakai kasut bata. dr aku standard 1 sampai form 5, semua kasut sekolah aku from bata. tp sekarang tidak lagi...kasut2 aku bukan dr bata lagi, zaman sekolah dah berlalu. dan zaman bata pun dah berlalu jugak...:D
^,^

tepung pelita

hari2 aku terbayangkan benda alah ni, akhirnya dapat jgk aku makan tepung pelita time berbuka tadi. ni antara kuih feveret aku, disebabkab feveret jadik aku pandailah skit2 buat kuih ni. tp serius aku cakap, buat benda ni bukan senang ok. kalau setakat nak makan 1, 2 je baik beli. dr segi bahan n acuan mmg senang je, tp nak masak dia satu per satu tu makan mase skit. letih woo... ade satu kuih yg hampir same ngan tepung pelita iaitu kuih tako. selalunya ayah aku la selalu silap beli. aku suruh belikan tepung pelita tp ayah aku belikan kuih tako. tepung pelita ni ade air gula kat bawah, bekas dia lak guna daun pisang tp kuih tako guna daun pandan. isi tepung pelita lembik skit bebrbanding kuih tako. jgn silap nye...no no no... ^,^

my nephew :: adif syahmi



^,^

Wednesday, August 26, 2009

yummy yummy chicken chop

disebabkan aku cam boring je duk office sorang2, jadik aku surfing la gambar2 chicken chop n tempek kat blog aku. hahaha...saje nak kasi meleleh skit. tetibe ko..perut aku bunyi2. aku cam paham x paham je ape yg perut aku bebelkan. tp aku rase perut ni tanya agak2 bile nak berbuka makan chicken chop??? jgn nengok saje, mesti rase...muahaha...





p/s: ape juadah berbuka nanti?
^,^

kata shah rukh khan...


"Saya sekurang-kurangnya mahu puasa 3 hingga 4 hari di bulan Ramadhan”
p/s: mujurlah dia ada jgk perasaan nak puasa di bulan ramadhan ni...
^,^

Tuesday, August 25, 2009

4 ramadhan

kejap je rase, hari ni dah 4 ramadhan. x terasa sgt kita puasa sbb satu hari tu cepat je mase berlalu. setakat 4 hari puasa ni, aku belum pernah jejak lagi bazar ramadhan. tp rumah aku hari2 ade makanan dr bazar. first day puasa, abg syah n abg nas g bazar. second day, along n abg syah plak g bazzar. third day abg nas, angah n mama pergi bazar. agak2 hari ni turn aku kot pergi bazar. aku bukan ape, kalau aku pergi bazar mcm2 aku nak beli. nafsu aku ni menggediksss skit, lebih2 tengah puasa kan... dulu penah la aku habiskan 50 ringgit beli kuih n makanan ntah pape dr bazar. membebel mak aku, sbb beli tp x makan. mase tgh lapar main beli jer, time berbuka makan satu lauk je dah kenyang. at last buang jgk semua tu. membazir... jgn ikut peel aku ni. x baik tuk kesihatan. hehe...membeli berpada2 saje ok.

p/s: tgk la...ptg ni kalau ada rezki, sampai la aku ke bazar ramadhan. ^,^

bubye

pagi ni nadhil dah nak balik
sobsobsob....
bile nak jumpe lagi???
muahhhhxxx...
^,^

25 ogos sudaa

hari ni 25hb...gaji masuk la...
tunggakan kola aku masuk ke idak le bulan ni. sedih betul la btpn ni...nape lambat bebenor nak settlekan kola kami. kalau dpt tunggakkan kola ni boleh la aku berjoli2..huhu...

esok ni mesti penuh manusia kat atm, masing2 berebut nk ambik duit. kat bazar berganda la umat manusia membeli juadah. almaklum masing2 tgh penuh...awal bulan la katakan. nanti dah ujung2 bulan sume kering je.

bulan depan kita dpt gaji awl skit sebab nak raya. bulan 10 pun awal gak sbb deepavali tp bulan 11 cam biasa, 25hb. jadik masing2 kena pandai jimat la. jgn nanti belanja x igt ujung bulan plak. aku sendri pun tgh blajar2 manage kewangan sendiri supaya x menyusahkan org ujung2 bulan. kadang2 kita ni kalau duit tgh byk mmg leka skit. bile dah kering baru la garu kepala. ^,^

riuh rendah anak-anak saudara

aku ada 3 org anak sedara. 2 anak along, adalia sofiya n adif syahmi. 1 anak angah, naufal nadhil. angah n along balik sini tuk sambut ramadhan same, jd dptlah 3 budak ni jumpe n main same2. n aku plak dpt la spend time ngan anak2 sedara aku ni. 3, 4 hari ni umah aku cam zoo la skit. riuh rendah n mcm tongkang pecah penangan 3 org ni. nadhil la good boy skit...adif wooo the iron man n yaya the mastermind celup...
nadhil n yaya

adif dah 11 bulan, mmg lasak giler. selalu je buli nadhil, so notty boy la u adif. yaya mmg mastermind, ape2 hal dia la yg mula dulu. nak buek camno, cucu toknek...lesen besar!


kesian nadhil...nak join jgk tp always kena reject. adif lasak, yaya kasar, nadhil plak sopan santun. mcm mane x kena lanyak kan... nadhil baru 7 bulan, dia anak sedara bongsu aku. baru je pandai merangkak.

adif n yaya

p/s: sayangkan mereka lebih drp segala2nya. ^,^

Monday, August 24, 2009

esok cuti

esok aku ambik cuti...sesaje je nak rehat...hehe... campur plak esok my sis, angah dah nak balik shah alam, nak jugak lambai2 kan. kalau aku keje, x dapet la lambai2 gitu. tahun ni plak angah balik raya kat kedah nun, xtahu bile nak jumpe lagik. esok boleh la aku main2 ngan naufal dulu sblm meke balik. jarang2 jumpe mcm ni, setiap minit tu amatlah bernilai kan....chewahh...:p

sempena cuti ni, aku adalah tidur lambat skit. dah lame aku x ngadap lappy aku ni lame2. lappy aku ni walau dah tua, org bilang season kan tp tetap menjadi pujaan hatikuuu... si adif n yaya dah masuk kandang dia, boleh la aku bukak lappy ni. kalau x, menyibuk je dorang. keyboard aku dah hilang satu huruf, adif punyo pasal. tp ngan anak sedara ni aku x berkira sgt, agak2 kalu dorang jatuhkan laptop aku sampai hancur berkecai, aku relax je kot. tp akan aku sesakkan mak pak dia la mintak ganti yg baru...huhu...

baki cuti aku tinggal 10hari lagi, kamu agak2 cukup ke sampai akhir tahun. aku mcm rase x cukup je, skrg bulan lapan..lagi 4 bulan nak ujung tahun. pandai2 aku la adjust nanti... ^,^

apadaa kak ann

hari ni kak ann cuti wokkkk....
xde ribut, xde taufan...alih2 dia cuti.
tinggal la aku sorang2 dlm pej yg indah ni.
kalau xde kak ann, bermakna aku adalah hari mengantuk sedunia. dgn sape aku nak sembang, dgn sape aku nak bergosip, sape yg nak melawak ngan aku....
huaaaa...:(
jom tidooo....


^,^

Sunday, August 23, 2009

2 ramadhan

salam ramadha semua....
alhamdulillah hari ni dah 2 ramadhan...
maksudnya dah 2hari kira berpuasa, dan maksudnya lagi 28 hari lgi nk raya...hakhakhak... tang raya aku memang bersemangat lebih skit..hehe...

pagi tadi kmu sahur pe?
nanti berbuka kamu menu ape?
hehe...busybody aku nih...
nanti aku berbuka ngan mee bandung..***haha...menyibuk nak bagitau...
menu ni request dr along...ibu mengandung ni kita ikut je la...
along n angah ade kat umah, sambut puasa same2. acik pun balik tuk puasa same tp hari ni dah balik ke UDM. cuma xde iman n papa je...sobsobsob...nun jauh masing2.
same2 bersahur berbuka ngan family mmg seronok, kita pun jarang2 dpt same. tu pun angah dah nak balik selasa ni. along plak balik jumaat ni.

eyh, dah nak pukul 4.30. bulan pose ni aku dpt balik awal....k la cauuu dlu la ek... selamat berbuka ye u allzzz... ^,^

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

*Sticky Mode*
Puasa merupakan rukun islam yang ke 3. Maka sebelum menghadapi bulan ini perlu ada persediaan. Rasullah bersabda "Barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan cukup iman, cukup khusyuk, cukup syarat & betul-betul mahukan rahmat Allah, selepas 30 ramadhan ia akan bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir"

Terdapat 3 jenis tahap puasa umat islam :- 1) Puasa Umum - Puasa pada nama sahaja. Hanya puasa dari makan & minum tapi masih melakukan perkara ditegah oleh islam seperti seorang pekerja kelab malam berpuasa pada bulan ramadhan tapi bekerja ditempat yang ditegah oleh islam.2) Puasa Khusus - puasa yang menepati hukum syarak. Bukan sahaja menahan diri dari lapar serta dahaga malah mengamalkan suruhan islam seperti menutup aurat, jaga penglihatan, jaga pendengaran, jaga percakapan dll.Rasullah bersabda " Barangsiapa tidak meninggalkan perbuatan dan perkataan karut @ sia-sia , tiada gunanya kamu berpuasa"3) Puasa Khusus al-Khusus - puasa ahli sufi. Tak pernah berfikir akan juadah untuk terbuka malah jika terlintas dalam hati sekalipun maka batal puasanya.

Ramai yang silap dalam beramal pada bulan ramadhan. Sepatutnya ketika :- 1 hingga 10 ramadhan (zon rahmat) beramalah secara sederhana dan ketika 11 hingga 20 ramadhan(zon keampunan) tingkatkan amal manakala pada 21 hingga 30 ramadhan cuma beribadat sahaja kerana padanya ada satu malam dimana pahala ibadah selama 84 tahun 4 bulan akan dikurniakan kepada mereka yang terpilih bertemu dengan malam lailatul qadar oleh Allah.

p/s: kawan2 semua kita harus perlambatkan sahur dan percepatkan berbuka...
^,^

Thursday, August 20, 2009

monolog pagi hari

boringnye pagi ni. aku sorang2 je dlm ofis, cg pandi cuti, kak ann kursus, che li ke btpn ade mesyuarat. alahai...inilah jadinya kalau keje kat ofis yg staffnya x ramai. keje kat sini kami berempat je. pusing sana sini, alih2 jumpe muka sama je. kadang2 boring jgk...haha... ingat nak kuar makan tp xkan nak tinggal pejabat kosong, lagipun aku xde kunci pejabat. kebuluq jgk aku pagi ni...

petang ni kami nak balik losong. insyallah, cadangnya nak bersahur same2 sabtu ni. angah n family pun nak balik esok, dpt la kumpul ramai2. cakap pasal sahur ni, aku sebenarnya x sabar2 nak sambut bulan puasa. feeling tu rase lain macam je. ntahler kenape...tinggal lagi 2 hari nak berpuasa, ingat hari ni nak makan NASI SUPPPPPPPPPPPPPP...puasa nanti x bleh makan da. uwaa....tolong aku... ^,^

kami geng kemut cute :D

sempat lagi kami g makan sotong goreng n kerang bakar kat kelulut time kursus lepas. time2 kursus camni la dpt jumpe n kumpul ramai2. sambil bincang2 hal keje, sambil lepas tensen...hehe. geng2 ni mmg satu kepala, walau kami ni baru je kenal tp leh masuk. kepala giler2 senok...


nida bukit besi, liza marang, ros paka

nor tok ji, qilah mengabang, ji seri payong

p/s: nama geng kemut cute ni kami dapat mase kursus baru ni. satu peristiwa yg mmg menyakitkan hati, seorang manusia yg berlagak sesangat telah menyebabkan terwujudnya geng kemut cute...haha... ^,^

chicken chop buatan sendiri

chicken chop semamangnya feveret aku... jadik kalo dah feveret harus pandai bikin sendiri. aku cuba2 je buat, tp ok jugak. len kali boleh try lagi. senang je nak buat ni... ayam tu goreng ngan tepung, tp tepung yg khusus la. n sos plak, mesti guna sos cili. itu aje...tp yg penting kenyang...hehe.

p/s: masakan aku hanya tuk perut aku je, x suke masak tuk perut org lain sbb aku masak x sedap... ^,^

gambar2 je

budak di terror...dia je yg dpt jawab 14 set soklan dlm mase yg diberikan. yg lain 9, 10 set camtu je. soklannya dah la banyak, payah plak tu.




p/s: uwaa...duit aku melayanggggg............ kan aku kena saman, lepas tu aku g la bayar. skali kena 200rgt..huhu... jenggg la. :( aku boikot x mahu beli baju raya...:p
^,^

Wednesday, August 19, 2009

jadik pengawas untuk ujian permatapintar

lapor nii boh...kruk3 perut bunyi.
masuk je opis tadi, terus ke sk bandar.
aku dok dang makang lagi...

hari ni aku kena jaga budak2 nak ambik ujian yg namanya PERMATApintar UKM2. aku pun x tahu apekebendanya ujian ni, aku pun baru je masuk opis hari ni. yg aku tahu 12 org je pelajar tuk daerah dungun yg lepas ujian saringan yg dah dibuat b4 ni. budak2 ni kena jawab pakai online, so aku kena get ready la sbb ade je masalah ngan internet n komputer jgk. la ni budak2 ni duk tekun menjawab soklan ujian n aku lak tekun menghapdet blog..huahuahua... aku nak search pasal ujian, nak selidik skit ujian ni tuk ape.

Sekolah PERMATApintar UKM adalah sekolah yang bakal dibina khusus untuk pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar-pelajar ini akan disaring melalui ujian PERMATApintar UKM 1, 2 dan 3 dan telah melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Dibawah adalah gambar impresi artis sekolah tersebut.
atau kalau kamu nak tahu lebih lanjut pasal permatapintar ni. bole le ke laman webnya di http://permatapintar.com.my

^,^

Sunday, August 16, 2009

malang x berbau

aku bersiaran dari btpntrg marang. mahu tahu ape makna disebalik 'btpntrg' ni, maknenya ialah xbermakna langsung....hahahaha... BTPNTRG ni stand for Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. aku skrg ade kursus 4 hari kat sini, kursus yg namanya kursus networking. aku rase cuak skit sbb kursus ni start hari sabtu, betapa hari sabtu tu adalah cuti maka aku rase sgtlah cuak. tp aku redha je...ilmu org nak bagi. nak dijadikan cerita katenya kursus start pukul 2.30ptg tp tunda plak ke pkl 8.30mlm. yg aku panazznyer, mereka x inform awal2 benda ni ditunda ke malam. aku dah sampai pintu gate btpn, baru la nak inform tunda. apehal kan??? ni saje nak hanginnkan aku...sabau je la.

dan aku tlah buat keje yg sedikit buduh lorh... dah siap2 check in bilik, tetibe aku rase nak balik umah. dr marang nak balik ke dungun, dlm 1jam jgk makan mase. tp aku rase nak balik jgk. so aku pun balik la...dah kamu bayang yea. mase aku sampai kat btpn pkl 2.30, aku check in bilik pkl 3. pukul 3 nak ke pukul 8.30....5jam tu. lame wey, bosan jgk aku. dlm aku on the way balik, nak ditakdirkan nasib aku x brape nak baik atau senang kate malang la...aku kena saman. saman ngan polis trafik yg buat speed trap. adushhh...apelah nasib, x pasal2 kena saman. berapa ratus akan melayang ni??? oh tuhan mengapa aku diduga begini...wakaka... padan muka aku kan3...xde pasal cari pasal.

kena saman ngan polis adalah perkara biasa bg aku. selalu benar aku kena saman...cuma yg bezanya, dulu kalau aku kena saman, ayah aku yg tolong bayarkan tp skrg aku kena bayar sendiri...oh sadisnya. malang mmg x berbau...tp sepatutnya malang kena ade bau, biar org dpt hidu. barulah kes cam aku yg xkan terjadi... ^,^

Saturday, August 15, 2009

Allahyarham Asri Rabbani

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Kemanapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

nukilan arwah ustaz asri yang aku cedok di laman blog beliau
^,^

Wednesday, August 12, 2009

peperiksaan perkhidmatan awam

esok pagi aku exam!!!!!!!!!! aku x taw pun aku kena exam 12hb, aku x sedar. dan aku tlah disedarkan oleh kawan aku yg kena exam jgk 12hb. mampos aku sbb aku x taw ape nak jawab. aku x sempat nak study. aku sendri pun x taw peperiksaan perkhidmatan awam ni soklannya camne. yg aku tahu, exam ni tuk pengesahan jawatan dlm perkhidmatan selain drp kursus induksi la. so kak ann ade bekalkan aku 3 bijik buku yg tebal ko. mane sempat aku nak khatam. but kawan aku cakap buku boleh wat masuk, n boleh belek time jawab nanti. iyoko??? aku pun x pasti lah, gile aku nak usung buku tebal ni masuk dewan. malu weyyy...bukan toyol namanya, dah hantu raya gitu. ni hah...mata aku x ngantuk, esok exam pkl 9.30pg, kat kuala trg plak tempat exam. redha je la esok...esok niat aku nak ambik pengalaman je. kalau fail aku ambik lg next year tttpppp kalau aku lulus, aku sukeee jerrr... ^,^

Tuesday, August 11, 2009

tenkiu kak azra

aku lunch kat kfc hari ni. kak azra yg blanje aku n kak ann. dia dpt anugerah cemerlang, boleh la duit seribu. tu yg dia blanje...alhamdulillah, rezki jgn ditolak. walaupun kak azra x bace blog kita ni tp kita nak gtau yg lepas ni kita blanje kak azra plak k..:D
^,^

chaos

dua2 dpt pelampong. kami masuk cherating jap kelmarin, singgah la beli pelampong. toknek dia la yg belikan... nanti kan balik keje mesti nak aku bukakkan kolam dia.

hah...mereka la pengacau. baru igt nak dua2 ngan mama je, alih2 mereka ikut balik jgk ke dungun. mama kesiankan ayah dia nak exam, nak study pun susah. dats y mama bawak balik mereka ni. along plak still kat maktab, pun exam jgk. anak2 diculik ke dungun, nanti ujung minggu datang la jenguk. ^,^

buku catatan tugasan harian

keje..keje..keje... 2hari bercuti ni, rase malas plak nak keje. huhu... setiap hari aku kena catat kerja2 yg aku buat. ujung tahun kena submit ke jabatan, tp aku kan baru keje jadik buku catatan aku x pernah submit lagi la. cuma skrg aku akan cuba penuhkan setiap hari catatan kerja aku selagi pemantauan dr BTPN tak sampai lg kat PKG aku. jenuh jgk nak tulis benda ni hari2 cam praktikal dulu je. aduh...layan je la.

ni la buku catatan kami ni bawah BTPNTRG...catat jgn x catat...
hari ni aku nak tulis ape ek...kang aku tulis aku g makan nasi sup kang. tp mmg aku g makan nasi sup ngan kak ann tadi...sodappp...

***cikgu nita....beres dop buku catatan cikgu? kekgi hj wan maree...

^,^

lunch @ noodle station





kalau mahu rase sila ke noodle station berdekatan anda. bhesttt...
ni kami makan kat noodle station East Coast Mall kuantan. kalau kat trg, noodle stationnya dekat ngan terminal bas. mcm2 jenis mee ade, name pun stesen mee. layann...... ^,^

Monday, August 10, 2009

singgah di Gambang Waterpark

this place baru je bukak, ade yg x complete lg. skit2 baru siap tp boleh la. aku ni pun singgah je nak tgk, next time la kalau nak masuk main. nak kena plan dulu sbb nak pergi ramai2, baru syok. aku saje balik ikut jalan lama, x masuk highway. dpt la tgk tempat ni, lepas ni x payah la pergi jauh2 mcm sunway lagoon ke, bukit merah ke. kat gambang pun dah adoo skrg.


gambar jauh je, x close up pun. tempat ni mmg baru sgt2, xde byk benda lagi. harga bg dewasa rm19.90, n kanak2 yg tinggi 150cm ke atas rm15.00. masih murah kan..nanti dah maju skit, harga sure naik.

wawawah...ensemnye anak aliza ni. adif berlatar belakangkan mainan air kat gambang ni. syok jgk...
sebijik cicakman!!! muahaha... toknek dia belikan dia baju renang ni tp mcm cicakman la makteh tgk. marah betui dia kat aku... ini adalah baju raya untuk yaya drp toknek. ko pakai pagi raya ek yaya..;p
^,^
Related Posts with Thumbnails