yasmin ahmad dalam kenangan
1958-2009
hari ni tetiba aku rase nak menulis sesuatu pasal arwah yasmin ahmad. walau dah seminggu beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir, tp rasenya kehilangan beliau masih lagi berbekas dihati org2 yg mengenali yasmin ahmad. setiap cerita peribadinya korek, didedah, dijadikan bahan debat. sampaikan status dirinya suatu masa dulu menjadi bahan bualan dimana2. malam ni plak majalah 3 TV3 akan menyiarkan siaran khas untuk yasmin ahmad. untuk penghargaan terakhir utk beliau.
dan aku sendiri sebetulnya bukanlah mahu menulis mengenai yasmin ahmad secara peribadi tetapi mengenai bagaimana seseorang itu hanya mendapat pengiktirafan setelah dia tiada lagi diatas muka bumi ni. maksud aku bukan pengiktirafan drp segi award atau sanjungan tp kasih sayang. yasmin ahmad, siapa x kenal kan. boleh katakan semua filem yang dia bikin akan timbul kontroversi. padahal kalau mahu dihitung, kehadiran beliau dlm industri seni tanahair hanya singkat saja. dari drama rabun ke filem sepet, gubra, mukhsin, muallaf, talentime, semuanya akan menarik perhatian pengkritik. arwah pernah dikritik hebat, dihina, dikutuk...semangat patriotik arwah pernah dipersoal. bahkan pasal agama pun pernah menjadi bahan debat hanya kerana hasil kerja beliau membikin filem.
tapi lihat, setelah arwah pergi meninggalkan semua ni, arwah bagaikan mendapat satu sanjungan yg teramat tinggi. kehilangan beliau dianggap sebagai satu kehilangan besar, diletakkan sebagai satu dlm seribu, sukar dicari ganti. seluruh masyarakat tiba2 menangisi pemergian beliau. sampaikan aku sendiri jadi keliru, rupa2nya ramai yg sayang pada yasmin ahmad. mungkin filem2 nya sebelum ini byk mengajar kita semua tentang kasih sayang atau mmg lumrahnya begitu hanya setelah kita pergi selama-lamanya barulah kehadiran kita selama ini dihargai....:(
^,^

0 comments:
Post a Comment