Sunday, August 23, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

*Sticky Mode*
Puasa merupakan rukun islam yang ke 3. Maka sebelum menghadapi bulan ini perlu ada persediaan. Rasullah bersabda "Barangsiapa yang berpuasa dibulan ramadhan dengan cukup iman, cukup khusyuk, cukup syarat & betul-betul mahukan rahmat Allah, selepas 30 ramadhan ia akan bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir"

Terdapat 3 jenis tahap puasa umat islam :- 1) Puasa Umum - Puasa pada nama sahaja. Hanya puasa dari makan & minum tapi masih melakukan perkara ditegah oleh islam seperti seorang pekerja kelab malam berpuasa pada bulan ramadhan tapi bekerja ditempat yang ditegah oleh islam.2) Puasa Khusus - puasa yang menepati hukum syarak. Bukan sahaja menahan diri dari lapar serta dahaga malah mengamalkan suruhan islam seperti menutup aurat, jaga penglihatan, jaga pendengaran, jaga percakapan dll.Rasullah bersabda " Barangsiapa tidak meninggalkan perbuatan dan perkataan karut @ sia-sia , tiada gunanya kamu berpuasa"3) Puasa Khusus al-Khusus - puasa ahli sufi. Tak pernah berfikir akan juadah untuk terbuka malah jika terlintas dalam hati sekalipun maka batal puasanya.

Ramai yang silap dalam beramal pada bulan ramadhan. Sepatutnya ketika :- 1 hingga 10 ramadhan (zon rahmat) beramalah secara sederhana dan ketika 11 hingga 20 ramadhan(zon keampunan) tingkatkan amal manakala pada 21 hingga 30 ramadhan cuma beribadat sahaja kerana padanya ada satu malam dimana pahala ibadah selama 84 tahun 4 bulan akan dikurniakan kepada mereka yang terpilih bertemu dengan malam lailatul qadar oleh Allah.

p/s: kawan2 semua kita harus perlambatkan sahur dan percepatkan berbuka...
^,^

2 comments:

Nakamura Kazuki said...

slemat berposa..pesanan ikhlas ambe..time buka biar bersederhana..time moreh kalau lapar baru bedal....kekekeke

Unknown said...

iyo...ambe setuju ngan budak kat atas itu..mkn kurma ngan minum air sejuk je, time moreh leh bedal nasik ...

selamat berpose dib..

Related Posts with Thumbnails