Sunday, September 6, 2009

Prince Hisahito

Cute sungguh budak ini kan...namanya Hisahito. Asalnya nun jauh di negara metahari terbit, Jepun, dia ni anak ketiga dan mempunyai 2 orang kakak. Kakak-kakaknya dah besar panjang. Dia dilahirkan pada 6 september 2006, jadi hari ni genap usianya 3 tahun. So i wish u Happy Birthday little boy...:)

Tapi ini budak lelaki bukan sebarang budak. Dia adalah putera raja dan pewaris ketiga maharaja Jepun. Kelahirannya disambut besar-besaran penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat Jepun dan semestinya keluarga diraja. Ini kerana Putera Hisahito adalah pewaris lelaki pertama dalam tempoh empat dekad bagi keluarga diraja itu. Bayangkan sepanjang 40 tahun keluarga diraja jepun tidak memperoleh zuriat lelaki, memang hidup dlm tekanan. Dan hinggalah lahirnya putera hisahito, tekanan dan kemurungan terhapus kini. Jepun hampir2 mempertimbang untuk meminda undang-undang pewarisan hanya lelaki bagi maharaja tetapi ianya diketepikan selepas kelahiran putera hisahito.

Putera Hisahito adalah anak kepada Putera Akishino dan Puteri Kiko. Putera Akishino adalah putera kedua Maharaja Akihito dan pewaris kedua yang akan menjadi maharaja selepas Putera Mahkota Naruhito. Putera Mahkota Naruhito mempunyai seorang anak perempuan Puteri Aiko yang mungkin akan menjadi pewaris taktha sekiranya undang2 telah dipinda membenarkan wanita menjadi maharaja. Isteri Putera Mahkota Naruhito, Puteri Mahkota Masako hidup dlm tekanan dan murung kerana merasakan dirinya gagal memberi pewaris lelaki kepada keluarga diraja Jepun. Lebih2 lagi selepas kelahiran Puteri Aiko yg ditunggu bertahun lamanya adalah zuriat perempuan.

Putera Akishino dan Puteri Kiko juga mempunyai 2 orang puteri iaitu Puteri Kako dan Puteri Mako. Semestinya Putera Hisahito akan ditatang dan dijaga sebaik mungkin bukan hanya oleh keluarga diraja malah seluruh rakyat di jepun.

Gambar Keluarga Diraja Jepun
(sitting from left) Crown Princess Masako, Princess Aiko, Crown Prince Naruhito, Emperor Akihito, Empress Michiko, Prince Akishino, Prince Hisahito, Princess Akishino;
(standing from left) Princess Kako and Princess Mako

***aku xde keje, esok plak cuti. tu yang terlebih rajin nak mengepost topic pasal keluarga diraja jepun ni. byk lg boleh dikongsi tp takat tu je la larat aku nak bercerita.
^,^

1 comments:

cahayachenta said...

tetiba teringat citer korea princess hours.. hak2...kecik2 dh comel.. serius besar nnti msti ensem giler...

Related Posts with Thumbnails