dengarnya sampai ke makkah 'dibersihkan'.
hebat tu, boleh jadi esok malaysia akan 'terkenal' sekejap :)
ada yang tanya, saya join bersih 3.0 ke?
jawabnya saya mmg x join perhimpunan2 seperti ini bukan bersih 3.0 je tapi perhimpunan di sekolah setiap hari ahad pun saya x join juga banyak ponteng hehehe...
ada yang bertanya apa pendapat saya tentang perhimpunan bersih ini?
jawabnya walaupun saya x join tp saya menghormati perjuangan mereka sebagaimana saya menghormati pemerintah saya skrg...
kalau ada yg bertanya adakah saya menyokong kerajaan?
jawabnya baik atau buruk atau jahil atau kafir pemerintah saya skrg saya serahkan bulat2 pada Allah. jika pemerintah saya skrg orang2 x berpegang pada ajaran islam, moga Allah memberi petunjuk dan balasan yg sebenarnya pada mereka2 ini. jika pemerintah saya sekarang meneruskan kuasa pemerintahan dengan pilihanraya yang tidak adil, saya doakan dan menyerahkan ini kepada kuasa Allah untuk menghukum.
kalau ada yang bertanya adakah saya ini penyokong pembangkang?
jawabnya sebagai seorang rakyat biasa kuasa yg saya ada hanyalah undi di PRU akan datang kerana itu adalah hak saya sepenuhnya. sebab itu saya x mahu mengutuk atau membantah bersih 3.0 kerana ia ada kaitannya dengan PRU nanti. saya juga mahukan satu pilahanraya yang adil supaya yang menjadi pemerintah nanti adalah yang sebetulnya dipilih.
kesimpulannya?
saya bukan pro kerajaan atau pro pembangkang, cuma saya harap janganlah kita terlalu berlebihan sehingga syaitan pula yg menjadi ketua kita nanti. apa-apapun Allah itu maha besar lagi maha berkuasa, alangkah baiknya jika kita berserah sepenuhnya padaNya..wallahualam... ^,^
1 comments:
Soalan bersertakan jawapan yang 'adil' :) Ini yg ptt Rakyat Malaysia faham sebenarnya.. Bukan nye jawapan yang menyalahkan antara satu sama lain.. Walaupun diri ni rase geram je dengan pihak tuu.. :)
Post a Comment