Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0

esok ada perhimpunan bersih 3.0...
dengarnya sampai ke makkah 'dibersihkan'.
hebat tu, boleh jadi esok malaysia akan 'terkenal' sekejap :)


ada yang tanya, saya join bersih 3.0 ke? 
jawabnya saya mmg x join perhimpunan2 seperti ini bukan bersih 3.0 je tapi perhimpunan di sekolah setiap hari ahad pun saya x join juga banyak ponteng hehehe...


ada yang bertanya apa pendapat saya tentang perhimpunan bersih ini? 
jawabnya walaupun saya x join tp saya menghormati perjuangan mereka sebagaimana saya menghormati pemerintah saya skrg...


kalau ada yg bertanya adakah saya menyokong kerajaan? 
jawabnya baik atau buruk atau jahil atau kafir pemerintah saya skrg saya serahkan bulat2 pada Allah. jika pemerintah saya skrg orang2 x berpegang pada ajaran islam, moga Allah memberi petunjuk dan balasan yg sebenarnya pada mereka2 ini. jika pemerintah saya sekarang meneruskan kuasa pemerintahan dengan pilihanraya yang tidak adil, saya doakan dan menyerahkan ini kepada kuasa Allah untuk menghukum. 


kalau ada yang bertanya adakah saya ini penyokong pembangkang? 
jawabnya sebagai seorang rakyat biasa kuasa yg saya ada hanyalah undi di PRU akan datang kerana itu adalah hak saya sepenuhnya. sebab itu saya x mahu mengutuk atau membantah bersih 3.0 kerana ia ada kaitannya dengan PRU nanti. saya juga mahukan satu pilahanraya yang adil supaya yang menjadi pemerintah nanti adalah yang sebetulnya dipilih. 


kesimpulannya? 
saya bukan pro kerajaan atau pro pembangkang, cuma saya harap janganlah kita terlalu berlebihan sehingga syaitan pula yg menjadi ketua kita nanti. apa-apapun Allah itu maha besar lagi maha berkuasa, alangkah baiknya jika kita berserah sepenuhnya padaNya..wallahualam... ^,^

Friday, April 27, 2012

Tidur adalah satu kewajipan

PENTINGNYA TIDUR APABILA MATA "MENGANTUK"

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: 

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata:

"Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."



>>> untuk dapat tenaga kena lah tidur, untuk info je ni, masa saya di buat umrah dulu saya dimaklumkan penduduk makkah kalau di malam hari mereka memenuhi masjid dan berjaga untuk solat dan berzikir padaNya...di siang hari selepas subuh mereka balik ke rumah masing untuk tidur..mereka kebanyakkannya tidak bekerja, semua kaya2, xkerja pun x apa. tapi lainlah dengan kita, kita siang hari bekerja, kalaulah malam nak berjaga nanti mengganggu stamina kita nak bekerja. nanti kang waktu kerja kita tidur x pasal2 makan gaji buto lah kita. jadi berpada2 saja lah...sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya.  ^,^

Wednesday, April 25, 2012

tewaskan syaitan?

beberapa dalam hari ni saya stress sikit...bukan banyak kerja tp karenah manusia buat saya rasa stress. saya rasa bodoh andai saya jd mangsa dipergunakan... syaitan pun kemain ketawa kannn.. saya ambil keputusan saya back off, beralah bukan beerti kalah atau salah. bukan niat saya skrg mahu menyalahkan atau mengalahkan mana2 pihak. cukup sekadar saya mahu perjelaskan keadaan sebenar. saya akui saya ni mmg ada penyakit cepat hot tp percayalah secepat saya jadi hot secepat itu juga saya akan jadi cool. maka kalau saya marah tidak akan berpanjangan, saya x pernah simpan jadi dendam. saya tak ajar pendam dalam hati...buat sakit hati saya ajer nanti. tapi kena paham tak semua orang memahami kita. saya sendiri pun bukan senang nak memahami orang lain. hari ni saya akan berhadapan dengan masalah ini....semoga Allah memelihara hati ini... ^,^

Tuesday, April 24, 2012

Kisah Cinta Agung


Sudah beberapa zaman berlalu. Ketentuan dan takdir sudah berubah. Kisah fitnah terhadap Nabi Yusuf sudah mula dilupakan orang. Malahan, nabi yang kacak itu sudah diangkat  menjadi raja negeri.

Di satu daerah terpencil, seorang insan melalui sisa hidupnya dengan rasa kecewa dan jiwa lara. Telah punah hatinya oleh cinta yang  tak kesampaian, telah hancur kalbunya oleh rindu dan penasaran. Kini, dia telah kehilangan segalanya. Dia sudah miskin sementara kecantikannya pudar diganti kenyataan usia tua. Meski segalanya telah berubah, hanya satu yang tidak pernah lekang dari hatinya. Cinta dan kerinduan itu hanya buat Yusuf…Jadi,siapakah dia? Yang mendamba sebahagian dari usia untuk memuja Nabi yang tidak pernah endah padanya? Dialah Zulaikha, isteri Aziz yang sudah bergelar janda.

Menjelang sisa-sisa usia yang ada, ALLAH menitipkan hidayah buat wanita ini. Dia berpaling daripada berhala kerana iman. Dia tenggelam di dalam manisnya ibadah ketika bersendirian menghadap Tuhan. Tetapi di dalam pengaduannya itu, nama Yusuf tetap basah di bibir. Cinta apakah ini wahai Tuhan?
“ Ya Rabbi, tiada apa lagi yang tinggal buatku. Segala hartaku sudah habis luput, aku sudah tua, terhina dan miskin. Tetapi Engkau masih mengujiku dengan rasa cinta kepada Yusuf, nabi utusan-Mu. Jika Engkau mengasihi hambamu ini, pertemukan aku dengannya, jika tidak, hilangkanlah rasa cintaku pada Yusuf agar aku mendapat ketenangan,” rayu Zulaikha di dalam doanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi yang berkedut dimamah usia.

Munajat Siti Zulaikha itu meruntuh hati para malaikat yang mendengarnya. Ya! itulah wanita pemfitnah Nabi Yusuf satu masa dulu! Tetapi kini, dia sudah bertaubat. Dan dalam taubat itu, tiada siapa yang tahu ALLAH sudah mengatur rencananya sendiri.

Suatu hari yang diperkenankan Tuhan, Nabi Yusuf berjalan-jalan di sekitar negeri bersama para tenteranya. Ingin dia meninjau-ninjau rakyat bawahan dan masalah yang mungkin mereka hadapi. Seketika dia lalu di hadapan sebuah pondok buruk. Kebetulan, Zulaikha ada di muka pintu dan bermulalah pertemuan yang tidak disangka-sangka.

“ Maha Suci ALLAH yang menjadikan engkau seorang raja daripada hamba rakyat biasa,” ujar Siti Zulaikha. Gementar hatinya melihat Yusuf yang kini berdiri di hadapan mata.
“Siapakah engkau wahai perempuan tua?” Nabi Yusuf pula bertanya.
“Mungkin engkau sudah lupa. Akulah wanita yang membelimu dengan emas permata. Akulah wanita yang tidak pernah kenyang semenjak jatuh cinta padamu. Akulah wanita yang tidak dapat menutup mata sejak memandangmu. ..Adakah engkau masih ingat padaku?” soal Zulaikha.

Nabi Yusuf mengamati wajah wanita itu sedalamnya. Tidak mungkin..

“Adakah kau ini Siti Zulaikha? Jika benar, ke manakah perginya segala kebesaran, kecantikan dan kemewahanmu dulu?”tanya Nabi Yusuf hairan.
“Segalanya sudah hilang akibat cintaku padamu. Segalanya telah berubah, kecuali cintaku padamu yang semakin hari semakin kuat,” akui Siti Zulaikha. Dia menundukkan dirinya. Alangkah malunya dia..terpaksa berdepan dengan Nabi Yusuf yang masih muda belia..sedangkan dia hanya seorang perempuan tua.
“Jika boleh kutunaikan, apa permintaanmu Zulaikha?” tanya Nabi Yusuf yang merasa kasihan melihat Zulaikha.
“Aku menginginkan tiga perkara, kecantikanku dulu, harta dan perkahwinan.”
Nabi Yusuf terus berpaling ingin meninggalkan Zulaikha. Tidak mungkin dia dapat menunaikan hasrat Zulaikha yang tidak masuk diakal.

Perbuatan Nabi Yusuf itu mendapat teguran daripada ALLAH. 

Dan melalui Jibril, ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha. Tapi bagaimana? Adakah Yusuf akan bahagia bersama Zulaikha yang sudah tua?
Tatkala itu, ALLAH menunjukkan kekuasaannya. Zulaikha dikurniakan paras yang muda dan lebih cantik dari dahulu. Kembalilah Siti Zulaikha menjadi wanita yang ayu dan memikat  cinta.
Dan kepada Yusuf pula, ALLAH membalikkan hatinya kepada cinta dan kasih sayang buat Zulaikha. Kali ini giliran buat Yusuf pula tercari-cari dan merayu cinta pada Zulaikha. 

Sehingga usai perkahwinan mereka, Nabi Yusuf dapat melihat perubahan diri  Zulaikha yang sudah menjadi isterinya. Zulaikha sentiasa tekun mengerjakan solat sehingga kadangkala terlupa keperluan Nabi Yusuf, suami yang dicintai sepenuh hati. Sehingga pernah Nabi Yusuf mengeluh kerana Zulaikha tidak melayan dirinya.

“Wahai Zulaikha, bukanlah dulu engkau yang mengoyakkan bajuku kerana inginkan diriku?” tanya Nabi Yusuf.
“ Wahai suamiku, aku kini bukanlah aku yang dahulu. Aku mencari cinta yang lebih utama dari cinta padamu. Aku mencari cinta Ilahi,” jawab Zulaikha sambil bangun untuk meneruskan solat.
Ketika itu juga, Nabi Yusuf menarik Zulaikha sehingga bajunya terkoyak sedikit.
Turunlah Jibril dan berkata, “ Wahai Yusuf, sudah tertulis, baju dibalas baju. Dengan ini, tidak ada lagi cercaan yang terjadi antara kau dan Zulaikha dahulu.”

Allahuakbar...Allah Maha Besar...segalanya milikNya. tidak akan ada mustahil jika Dia mengkehendakinya.
^,^

Saturday, April 21, 2012

Berserah...

Petang esok aku exam..ntah bersedia ke blom. Ini dah paper last..aku berserah je pd Allah. mmg skil belajar dah tumpul sgt, huhu.. Jd x reti pulak nak study gagagagagaga... Sem ni aku ambik 3 subjek, semua yg teras..subjek2 yg 'extreme' x masuk lg. Itupun dah semput aku ni haha..kuat la semangat aku ni. Moga Allah bg petunjuk terbaik amin ya rabb.. Wish me luck ya kawan..
Sent from my Nokia phone ^,^

Friday, April 20, 2012

mesra mall with nobody

hari ni buat kerja giler skit...ke mesra mall alone. kisahnya aku ada lg rm100 voucher buku 1malaysia tu, minggu ni last due date. gimana pon cara mmg kena guna jgk before end of this month. so aku mmg xde ape nak buat hari ni, berdesup je lah aku ke mesra mall. sampai je terus aku masuk kedai popular..searching buku2 yg menarik. first aku grab novel RAM:Fiksyen302, novel tu mmg aku aim duluan. yg kedua aku nak cari novel mihrab cinta atau novel nukilan habiburahman..tp xde...last aku pilih novel Jodoh Itu Milik Kita. pilihan terakhir aku nak cari buku keagamaan, mulanya nak beli buku kisah sejarah islam. banyak pilihan, sejarah hidup kalifah ar-rasyidun, wanita2 penghuni syurga, sejarah perang uhud dan badar, banyak sgt pilihannya. last aku ternampak Terjemahan Al-Quran Al-Karim dalam bahasa melayu Berjuzuk, mmg lama cari akhirnya jumpa. so aku ambik je terjemahan al-Quran inilah.

terjemahan al quran al karim
dalam bahasa melayu
berjuzuk
Fiksyen 302
jodoh itu milik kita

lepas shopping buku2, perut lapar...aku 'brunch' kat burger king. set no 6..mmg best, first time cuba. lunch ini adalah breakfast sbb aku x makan dari pagi, waktu lunch baru nak breakfast maka jadilah brunch..hehehe..sambil makan sambil melepak. mmg susah lepak sensorang sbb xde gang nak sembang, naseb ade buku. sambil makan sambil baca..tup3..x sedar dah pukul 2.30pm.

lepas solat, terus balik...sekian saje hang out alone aku hari ini..release tension :).. sebelum balik, aku beli my favvy famous amos...yum3.. ^,^

Thursday, April 19, 2012

PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

aku bertuah kerana sejak kecil papa memang dah ajar sunnah dari no 1 sampai 5..yg ke 6 papa hanya suruh ambil wudhu sebelum masuk tidur, dan no 8 mmg di ajar selalu. kata papa Rasulullah saw meletak tapak tangan di bawah pipi kerana menadah airmata baginda setiap kali sebelum tidur menangis memikirkan nasih umatnya...wallauhalam.

marilah kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain...
^,^

you're number one for me

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

this song for mama ...
^,^

duhai hati

duhai hati janganlah kamu bersedih
duhai hati janganlah kamu berduka
duhai hati janganlah kamu berasa pilu
duhai hati janganlah kamu menangis

^,^

Friday, April 6, 2012

memory umrah : food lover

tea o ping
inilah kegemaran saya sepanjang kat sana...otw balik dari masjidil haram saya akan singgah di felda d'saji utk pekena tea o ping... 3 riyal satu..

jus buah 4 layer
inilah pertama dan terakhir saya beli. pekat gila ni...nak telan pun x dapat..huhu... 8 riyal satu..mmg berbaloi.. sampai kami nak balik x habis pun..

ais krim
ohhhh...ini juga kegemaran saya..dan yaya...dan along.. ade je jual kedai2 tepi jalan..otw balik masjid boleh je beli. mmg maveles... ade 4 jenis flavour, mangga, vanilla, cokelat, strawberi.. terbaik..:)

tea ping/ tea ais
ohh...kaler dah cantik..beli minum..aduhai susu tepung la. ikutkan tea ais adalah kegemaran tp sbb susu tepung saya kurang sikit la. 4 riyal satu...

^,^

Thursday, April 5, 2012

Cinta madinah

Sekarang setiap petang jam 6pm aku akan terpacak dpn tv nak tgk citer cinta madinah. Yes i know crite lame tp aku nak tgk lg... Bile tgk cinta madinah teringat kenangan masa umrah lalu, kenangan di madinah, makkah. Rindu teramat sangat pada 2 tanah suci itu...
Sent from my Nokia phone ^,^
Related Posts with Thumbnails