Saturday, December 31, 2011

Entry Penutup 2011

sepanjang 2011 perjalanan hidup aku tiada yang mencabar, lebih kurang mendatar saje. tengok jumlah entry sepanjang tahun in sudahlah. paling sedikit sepanjang 4 tahun berblogging, ini entry ke-100 dan terakhir utk tahun 2011. utk imbasan tahun ni, aku mulakan dengan cerita sedih aku kehilangan handphone kesayangan, itu bulan 3 yg lalu, walau buruk tp itu handphone pertama aku beli guna duit sendiri. sedih rasa hati tp aku lebih salahkan diri sendiri sbb sangat cuai. in september aku dapat anak saudara baru, baby boy Naufal Nahdan, anak my sis Angah. sepanjang angah berpantang, she stayed at dungun. aku dapat luangkan banyak masa with naufal nadhil, susah sebenarnya nak mendekati nadhil sbb dia sangatlah anak ibu. tp im very happy sepanjang angah berpantang aku dapat spent quality time with him. pada bulan 10, ada berita sedih yg mana aku kehilangan seorang rakan sekerja di BTPN, allahyarham Mohd Firdaus. pemergian arwah sangat2 memeranjatkan kami, membuatkan aku sedar bahawa usia bukan penghalang kematian. utk penutup tahun ni, my family went to holiday. kami pilih port dickson as our tempat nak spend time, tp family along x dapat join sbb abg syah n adif demam, just yaya mewakili family along. b4 holiday kat PD ni, kami dah holiday kecil-kecilan sebenarnya kat gambang n kuantan. mase tu just mama, papa, iman, yaya, adif n me. 1 malam di gambang, 1 malam di kuantan. tp holiday ni tak cukup korum, mmg ini percutian main redah jerrr.. rasenyer itu je lah kot, hurmmmmmmm....ape lagi nak imbas ni. nak aku flashback segala mmg tak ah..juz ape aku share kat blog aku review balik. ok ni last la ni aku nak imbas2, tahun 2011 ni akan aku kenang sebagai tahun di mana aku fall in love with kpop. haha...yeah...negachichalaga..;p hahahaha...okbai titik

p/s: malam ni lepaking with along shanaz...releasing tension. where? tepi pantai...:) ^,^

KDrama - Flower Boy Ramyun Shop

today im so gigih mendownload this k-drama, nanti nak layan bile boring2. setakat ni dah tgk 3 episode aku tengok, not bad sb aku leh layan cerita ni, ade setengah2 cerita..tgk separuh aku dah give up. so aku decide download sampai habis dan nanti boleh layan without buffering hihihi..


This romantic comedy deals with "pretty boys," who with good looks and individuality, operate a ramen shop with lively college girls and experience the happenings of daily life.
^,^

tabahkanlah hatinya...

Allah...
menitis airmata ni baca blog Mawar Nafastari, blog seorang isteri yang kehilangan sang suami. usianya muda, perkahwinannya masih muda, anak2 masih kecil, tapi Allah telah menentukan jodoh mereka tidak panjang.

aku dapat link blog ini daripada isteri kepada seorang kawan, rakan sekerja aku yang telah tiada iaitu arwah mohd firdaus. isteri arwah linkkan blog ini di FB nya, dari situ aku sampai ke blog ini. jalan kehidupan mawar nafastari barangkali mirip jalan kehidupan liliey, isteri arwah firdaus, rakan sekerja aku. masih muda, kehilangan suami, anak masih kecil tapi liliey lagi tercabar kerana suami meninggalkannya disaat di sedang mengandungkan anak kedua. till now liliey still preggy, bulan 2 due datenya.

Allah..Allah..Allah... semua yang berlaku atas kehendakkan Mu jua. berat mata aku memandang, berat lagi bahu liliey dan mawar menggalasnya. semoga Allah memberimu ketabahan wahai sahabat. kamu wanita istimewa yang dipilih Allah untuk diuji....

p/s: suami mawar juga ada blog iaitu nafastari...mmg arwah seorang blogger.. ^,^

Friday, December 30, 2011

to do list

okay...ada beberapa perkara yang masih belum selesai dan sangat menyesakkan kepala ni. kalau boleh...kalaulah boleh aku nak settlekan malam ni jugak. bulan ini masa memang tak cukup, selalunya masa yang kejar aku, ini aku pulak yang kejar masa. dari awal bulan sampai ke akhir bulan banyak betul kerja. memang akhir tahun banyak kerja ek??? minggu ni ingatkan dah dapat settlekan hal2 yang penting yang tertangguh tapi tak berjaya. so aku decide nak cuti ahad ini tuk selesaikan semua urusan.

my to do list:-
- ambik gambar passport
- buat passport
- mohon cuti utk abroad
- hantar borang spr
- hantar borang bantuan
- ke OUM tuk sambung blaja

disebabkan saya lambat bertindak saya dah terlepas peluang promosi ptptn tuk 1% bayaran balik pinjaman. tarikh tutupnya 31 disember 2011, sangat kecewa! bila dah jadi macam ni ape pon tak bolehhhh...habuk pun tarak.. now aku berharap ptptn dapat lanjutkan tempoh supaya aku dapat selesaikan hutang aku dengan harga yang lebih murah.

so skrg aku nak elakkan hal sama berlaku, so i must do it now!!! move!!! xoxo ^,^

Tuesday, December 27, 2011

my new baby

akhirnya berjaya jugak update entry utk my new stuff ni, dah 2 minggu jadi hak milik :). ini sebenarnye hadiah tahunan for me, kalau tahun lepas aku hadiahkan handphone utk diri sendiri tahun ni this laptop. laptop ini mmg keperluan, kalau ikot kehendak dah lama aku sambar ipad or gtab kot..hehehe... kekdahnyer kan tahun depan aku sambung blaja, laptop sgtlah penting. jadi aku decide beli laptop la lebih baik, jgn nak ikot nafsu sgt kan menyesal diri..ye dakkk.. kalau ipad mane ko boleh nak buat assignment kannnn...huhu..
aku beli ni di kedai komputer dynabyte, harganya rm1948. this kedai mmg pengedar barangan komputer yg termurah di terengganu even boleh lawan lowyat..kalau ko dr terengganu better beli disini. murah dan senang..kalau rosak ke ape jadi senang nak refer..

Acer Aspire 4725G

free gift yang dapat :

beg laptop acer

antivirus untuk 3 pc

beg galas window 7 for laptop

20 items free gift

dan yang penting isi laptopnya

1) intel core i5
2) 6gb ddr3
3) hdd 500 gb
4) nvidia geforce 1gb vram
^,^

Monday, December 26, 2011

Ombak besar di pantai teluk lipat


Td round2 tgk kemusnahan yg melanda..habis separuh jalan runtuh. Malam ni x tahu ape lg akan jadik..kita tunggu esok, ombak mmg besar. Mungkin jalan semua akan lenyap??? Ntah la tp yg pasti mmg takot tgk keadaan tu secara live..moga Allah melindungi kita semua amin..


sempat lagi pose..haha
^,^

Tuesday, December 20, 2011

situasinya...

petang tadi aku g hospital nak ambik stok ubat tuk mama, sampai kat farmasi tu aku letak la slip ubat dalam box yg ade kat situ. sampai giliran aku, tergedek2 la g ambik ubat. ade 2 org ahli farmasi (AF) kat situ, yg sorang tu tanye aku..

situasi 1
AF 1: ubat ni mak awak ade banyak tak lg?
Me: ermmm ntah la cik..
AF 2: awak tak penah tgk ke ubat2 mak awak...
Me: tak pulak...
AF 2: awak ni...sepatotnya awak check skit ubat2 mak awak tu, dia makan ke tidak ubat..takot x makan je..
Me: eh mak saya makan ubat... dia tahu ubat2 dia sbb mak saya 'misi' kat sini jgk dulu..
AF 2: oooo...nurse kat sini duluuuuu * giler annoying muke n sore...sabor je lah..
Me: yeee tp mak saya dah pencen....................

situasi 2
Me: ermmm ade plastik tak? *ubat mmg banyak x muat tangan okeh!
AF 1: nak plastik ke? awak x bawak beg?
Me: beg saya kecik, x muat nak letak..
AF 1: camnilah nanti awak pesan kat mak awak kalau nak datang ambik ubat lagi bawak beg besar skit sebab kita dah x sedia plastik bag sekarang..
Me: erkkkk?? ok baiiiiii

phewwww....mmg menyampah giler aku ngan 2 makhluk Allah ni..saborrrr je lahhh.. mmg org keje sepital annoyss ekkk? tapi mak ayah aku takkk...:) ^,^

Friday, December 16, 2011

Makan2 di Johnny

Tq papa belanja kami..:)
Sent from my Nokia phone ^,^

Thursday, December 15, 2011

New Parfume

Gembiranya dalam hati perfume idaman dah jadi hak milik...hihihi.. At last..petang td beli kat east coast mall, rm280 dpt voucher rm20 beli belah di parksoN. dah lama aim perfume ni, kumpul2 duit lepas tu beli benda lain. asyik x sampai hajat jer, so bile dah dpt mmg happy sgt. ermmmm Wangi...kekeke
Sent from my Nokia phone ^,^

Monday, December 12, 2011

@gambang resort city

Suasana pagi di sini..sejukkk..
Sent from my Nokia phone ^,^

Saturday, December 10, 2011

pening jadi ibu



wah tajuk x mahu kalah ni..kekekeke
tp serious mah mmg pening kepale jd ibu walau ibu tumpang okeh. dah 2 minggu jaga adif&yaya kat rumah, chaos!!! along exam this month so dia hantar 2 budak ni balik kampung, konon nak study lettuuwww... balik kampung messtiiii nak toknek&tokki jaga kannn tp naseb la dpt nek dan ki yg moden cenggini mane nak ade kat rumah. dua2 keje...jauhhh plak tuuu...kat kerteh nun..malam jelah boleh jumpe. makteh ko yg tersayang la ni yg bertungkus lumus siang malam jadi ibu korang kannn...but i like it! walau pun sakit kepala, penat, xde mase nak foya2 tp setiap saat mmg berharga ok. xpe la letih, xpelah habis duit, xpe lah xde mase nak foya2...bukan selalu. aturcara budak2 ni pun dah hapal dah, bangun pukul 9 mesti bukak tv tgk citer kartun. kartun sebenarnya setiap masa, kalau adif tu ultraman mmg no.1. kul 10 mandi, makan, main. pukul 6 mesti nak main kat luar, kalau aku rajin bawak dorang g playground. tidur malam bergantung la, kalau x tido petang, malam mesti awal tido tp kalau dah tidur petang, malam konpem pukul 12 punya la. jaga yaya sonang jer cuma perlu tahan telinga skit la sbb dia kuat membebel..sumpah mmg dia suke membebel..ntah ikot sape aku x taw..mama la dia la kannn..satu lg dia ni hantu citer drama melayu. bukak je utube dia akan search la citer2 feveret dia mcm nora elena, tentang dia...kadang2 dia tgk citer barbie. aku mmg saje ajar dia search sendiri nak dia pandai menaip dan pandai guna laptop..biar celik it skit.. kalau adif kena bnyk sabarrrr..dengan lasaknya, dengan pelatnya, dengan susunya, dengan malam2 muntah, dengan manjanya...dengan semualah... kadang2 malam2 x cukup tidur layan kan adif. adif ni ade masalah setiap kali minum susu dia akan batuk dan muntah. tp kalau x bagi susu dia nangis, bila dah bg muntah plak. jadi aku bg je dia susu, dan kena prepare baldi. agak2 dia nak muntah tu aku tadah je lah baldi. siang dia xde hal..ok jer. kadang2 aku bawak jgk dorang g ofis tp tgk keadaan lah. kalau xde kerja sgt boleh la tp kalau keje byk, org pun ramai kat ofis x boleh la. jaga anak saudara ibarat jaga anak sendiri lah, nama pun darah daging kan.. xde hal lah..in fact aku lagi suke dorang ade, best...
ni tgh duk menaip pon kemain sakan dorang sepahkan bilik aku, haru betul...suruh main kat luar bukan nak layan. nak berfacebook, beryoutube, berblogging, bertwitter ponnnn x senanggg la...adoiiii ^,^

Be Mine

101211 sah menjadi milik aku. Dengan bertuan aku maka aku akan menjaga mu dgn sebaiknya. Okbai..hihi.
Sent from my Nokia phone ^,^

Wednesday, December 7, 2011

Intipati Pelaksanaan SBPA

klik link kat bawah...semua intipati pelaksanaan ada tersenarai. korang teliti la habis2 dan akhir sekali di no19 korang pikir2 lah nak pilih ke x skim ini..
yg betol2 dalam perhatian aku ialah no12, berkenaan melanjutkan pelajaraan bagi penjawat awam di kumpulan pelaksana (oh iya...kump sokongan dah tukar nama utk sbpa ni iaitu kump pelaksana namanyerr)
okbai...:)

LINK
^,^

Tuesday, December 6, 2011

2AM - Never Let You Go (Japan Version)



^,^

Hari Assyura (10 Muharram)

14 Perkara yang dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Sunat Assyura (9 dan 10 Muharram)
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

p/s: 10 muharram jatuh pada hari ini...6 december 2011...
^,^

Sunday, December 4, 2011

12 Lagu Ke Final AJL 2011

1. KALAU BERPACARAN – Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate
-seperti diramal :)

2. KARMA – Faizal Tahir
-come on lah byk lg lagu best2 kot

3. PENAKUT – Yuna
-ok lah

4. SEDETIK LEBIH - Jaclyn Victor (Anuar Zain)
-lagu ini sedap..tapi lelaki ini mana?

5. AWAN NANO – Hafiz AF7
-seperti diramal..malah aku ramal juara AJL ni :p

6. CINTA MUKA BUKU – Najwa Latif
-aku sukeeee lagu ni...haha

7. WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol
-erkkk??? haha T_T

8. BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura
-seperti diramal :)

9. KEKANDA ADINDA – Monolog dan Atilia
-seperti diramal :)

10. SUNGAI LUI – Aizat
-seperti diramal, ni pon bakal juara AJL gak ni hihihi

11. KISAH HATI – Alyah
-ini kalo x dpt ke final mmg xtaw nak cakap ape ah...terbaik nih..

12. GADIS SEMASA – Yuna
-yuna dapat sampai 2 lagu tapi lagu biasa2 sajerrr...ek??? ^,^

Review Filem Ombak Rindu

oh OR sedap kot citer ni. mmg best, segalanya cukup rasa...mmg aku warning diri ni dont expect filem ini akan sama 100% dari dalam novel. 2 jam filem mane nak sama ngan baca novel yg ntah2 3 hari bace pon belum settle kan. so yg mana terlebih terkurang itu adat lah..yg penting lakonan maya superb, lakonan lisa marvelous, lakonan aaron...ohmaigadd makin jatuh hati ngan lakonan aaron aziz hokayyy... dengan lagu latar yang mmg sesuai sangat..menangis x ingat haha

aku puas hati..mane tak nye 2 kali aku tgk cerita ni kat panggung dalam mase 1 hari! haha...ye aku taw mmg over..tu pun ade lg rase nak tgk lagi sekali... ombak rindu novel yg paling aku suka, paling aku sayang, paling aku akan sentap kalau hilang..so bila difilemkan novel ni mmg aku tunggu sgt2. aku paling frust kalau novel favourite yg difilemkan x tepati selera aku tp ombak rindu x mengecewakan.

cuma personally aku rase babak2 ranjang, peluk2 atas katil segala bagai tu x perlu kot..ajak budak2 tgk pon x selesa. as kita ni rakyat malaysia yg penuh dgn adat ketimuran dan agama islam yg melarang perkara sebegitu sepatotnya x de babak begitu pun lg baik. lagi pun aaron suami org, maya at that time isteri orang..so mmg x manis la. mcm aku kalau xde babak mcm tu pun kita leh assume sendiri jer ape jadik..hahahhahahahahahahaha

okbai:) ^,^

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu time

Esok pagi nak pergi tengok filem ombak rindu..yeay xcited ni..hehe.. Giler payah nak dapatkan tiket, beli hari khamis utk tengok hari sabtu. Seriously ini first time aku beli tiket awal sb selama ni aku beli tiket on the spot je. Nak tengok baru beli..tp utk ombak rindu mmg kena beginilah. Kisahnya kemarin (khamis) kawan aku ajak g tgk citer ni, so kami gamble je g panggung, last2 semua sold out! Bayangkan utk tayangan jumaat pun penuh jgk, yg ada sabtu jadi aku ambik je lah. Disebabkan hari minggu jadi aku ajak adik2 aku skali la esok.. Aku n kawan beli 10 kpg tiket, itu baru kami kan, yg blakang2 kami pun beli berkeping2 jgk. Last2 utk sabtu pun full house jugak..mmg dahsyat. Lg dahsyat ada jugak mat2 rempit beli tiket..citer romantik kot hahaha.. Ahh tak sabar tunggu esok lalalalala ^,^

Wednesday, November 30, 2011

Winners of 2011 Mnet Asian Music Awards (MAMA)

Daesang Award (Grand Prize)

▲ Song of the Year
- 2NE1, “I Am The Best”

▲ Album of the Year
- Super Junior, ‘Mr. Simple’

▲ Artist of the Year
- SNSD


Singer Category

▲ Best New Male Artist Award
Huh Gak

▲ Best New Female Artist Award
A Pink

▲ Male Group Award
Super Junior

▲ Female Group Award
SNSD

▲ Male Singer Award
Kim Hyun Joong

▲ Best Female Singer Award (Solo)
Baek Ji Young


Genre Category

▲ Best Dance Performance – Solo
HyunA – Bubble Pop!

▲ Best Dance Performance – Male Group
B2ST – “Fiction”

▲ Best Dance Performance – Female Group
miss A – “Goodbye Baby”

▲ Best Vocal Performance – Solo
IU – “Good Day”

▲ Best Vocal Performance – Group
2NE1 – “Lonely”

▲ Best Band Performance (Not shown during broadcast)
CNBlue – “Intuition”

▲ Best Rap Performance
Leessang – “Turned Off The TV…”

▲ Best O.S.T.
Baek Ji Young – “That Woman” (Secret Garden O.S.T.)


Music Video

▲ Best Music Video (Not shown during broadcast)
Big Bang – “Love Song”


Others

▲ Best Artist (China)

- Jane Zhang

▲ Hottest Asian Artist

- Koda Kumi

▲ Best Asian Artist

- Aziatix

▲ Best Asian Artist (Solo)

- Wei Chen

▲ Singapore’s Choice **Most Popular K-Pop Artist in Singapore**

- Super Junior

▲ Best Style in Music

- Seo In Young

▲ Mnet Specialized Award

- YB ^,^

Monday, November 28, 2011

laptop atau tablet?

aku nak beli laptop la..yg lame tu dah 8 tahun usianya. pakai sejak sambung diploma dulu, skrg nak sambung ijazah plak nak la laptop baru kannnn...bior semangat skit nak belajor.. laptop lame dah uzur dah, sian dia dah tua..kasik dia rest la..aku pun kadang2 hanginnn jek guna sbb selalu hang. 8 tahun bukan sekejap..kire dah nak masuk sedekad. jarang nak jumpe skrg laptop yg mampu bertahan sampai 5,6 tahun kan. so ni tgh survey2 la laptop mane yg okay..xnak la mahal2 sgt, yg sedang2 sajerrr pun ok. tapi kannn...tetibe rase nak merasa pakai tablet laaaa.................T_T hihihihihihi.... ipad? galaxy tab? mcm dah trend skrg semua nak guna tablet kan..senang nak bawak kehulur kehilir.. nak on9 pun 24jam boleh.. nak main angry birds..nak tweet2, nak update2 status fb...
*arghhhhh xde pekdah semuanya tu..xde kepentingan...

rasenye aku stick pd plan nak beli laptop la. x de guna gak beli tablet sbb kegunaannya terbatas..susah nak buat kerja nanti. xsaimen, projek, nak editing video, gambar...segala lah. kalau tablet ni ko nak buat bergaya boleh la.. i think that is not KEPERLUAN tapi KEHENDAK..ye dakk?? xpelah..kite plan tahun tahun tahun depannn la. x lari ipad di kejor.....:DDD ^,^

Sunday, November 27, 2011

leka bawa padah

6 minit 3 gol....
gol!!! gol!!! dan gol!!!
adoiiii.....frust menonggeng....
dah elok2 leading 2-0...then yakin sgt kot bleh menang terus leka... bayangkan dengan 10 pemain, dalam mase 6 minit 3 gol bahrain dpr scored!
pedih weiii nak trime fact mcm ni..
bukan kate nak jd lalang, kejap sokong..kalah marah2 pulak. tp pikir lah..bkn x boleh nak menang tadi. benda dah depan mata..tp main2, leka, cuai...
gua mmg x bleh terima kekalahan mcm tadi.. kalah ngan syria xdek hal sbb mmg dari awal kita nampak kekuatan syria tambah team pun tgh letih. tp ini...........................................adoi....

tp nak wat cemane dah..benda dah jadi. ambik iktibar je lah...ini lah takdir namanya. ape2 pun malaysia masih ada 3 baki perlawanan utk kelayakan olimpik:
-Malaysia vs Bahrain - 5 Feb 2012 -away
-Malaysia vs Japan - 22 Feb 2012 -home
-Malaysia vs Syria - 14 Mac 2012 -away

p/s: misi yg sukar tp tidak mustahil.....selamanya harimau malaya.. ^,^

Tuesday, November 22, 2011

memang takdir malaysia juara


kemenangan kita diperolah dari hasil bola yang bergolek masuk ke gawang dengan sendirinya ...anda perasan? haha...flashback balik bagaimana bola tendangan penalti badrol bakhtiar walau berjaya ditampan oleh penjaga gawang indonesia tapi tetap bergolek masuk gawang dengan penuh dramatiknya. itulah namanya kuasa Allah...takdir yg dah tertulis. bukan kecil rasenya kekecewaan sang garuda, keangkuhan dan kesombongan memakan diri. dan bukan sedikit juga kegembiraan sang harimau...dah nama pun emas bolasepak ibarat ibu segala pingat! menang kutipan emas paling banyak pon xde makna kalau x menang emas bolasepak.

aku nak tunjukkan satu video yg aku ambil dari laman utube bagaimana tidak bertamadunnya rakyat indonesia yang langsung tidak punya rasa hormat kepada lagu kebangsaan malaysia...kalaupun mereka tak mahu menyanyikan nya, its okay..kalau tak mahu berdiri its fine...tapi u guys should shut ur mouth! do respect others lah..ini tidak mcm dalam zoo, ibarat monyet2 yg x de akal.

lepas tgk video ni ape perasaan? geram? marah? sedih? terpinga2? hahaha...aku jujurnya mmg sedih! x sangka di zaman skrg masih wujud lg manusia2 yg tidak punya tamadun seperti rakyat indonesia ini..buat malu negara jer.. n for me rakyatnya mencerminkan kepimpinan negara! negara mundur gitulah kekdahnyer...

ok ini video jaringan penalti...perhati bola tendangan terakhir dari badrol, fokus bola yg akan bergolek-golek masuk gawang dan memberi kita kemenangan..alhamdulillah ya rabb...akhirnya our young tigers show their taring hihihi

^,^

Monday, November 21, 2011

yes harimau muda menang!!!

yahooooooooooooo.....................
betol instinct aku..yeah..
saat ade kawan2 yg ragu2 malaysia akan menang tp aku tetap yakin malam ni harimau akan baham garuda..ternyata mmg betol. mmg x goyah keyakinan ni...cuma di saat2 ke sepakan penalti aku mmg akan trime jer dgn ape2 keputusan sbb bg aku penentuan thru penalti adalah lebih kpd nasib. puas hati giler ni... mantap r rimau2 muda kiter..power of the young tigers..hahaha... nways CONGRATULATIONS guys... ^,^

Sunday, November 20, 2011

jom lah kita ke korea

jumaat ni adik2 aku akan ke korea...tajaan penuh mak dia (mak aku gak r...;p). kuat pengaruh kpop, kdrama ni...sampai semua kalau tanya nak kemana mesti nak ke korea. aku pun mmg nak ke sana..sape tak nak woooooooooooooooo...ade yg nak taja aku ke??? haha...
korea ni cantik..permandangan dia perghhhh mmg terbaik.. spring, winter, summer, autumn semua ade tarikannya. acik n iman pilih nak g musim winter, nak main salji katenye...yolah mano ado salji kek mesia ni kan. bajet nak main ski..pandai ke??lalalalala...;p
weiii jeles mmg mestilah kan...tp wait lah...aku akan sampai jgk ke sana nanti..insyaAllah... tp bukan skrg la mane nak dapat duit hahaha...ulang tanya lg lah 'sape nak taja aku???hihihi... tp aku pilih musim bunga...aku suke bunga, aku suke tgk bunga mengembang, warna warni...mesti cantik kan... nak tgk bunga sakura, nak pegang, nak simpan bawak balik, nak frame *over okeh!..legend punya bunga tu..
insyaAllah la kalau Allah bg rezeki lebih nak jugak ke sana...now aku saving lah ni. atenye nak ke negara orang bukan murah kan. acik&iman so lucky, they dont need to used their own money...so kalau dorang x bersyukur jgk x taw lah kan. mane nak cari mak sebaik mama kan....sob sob sob *sedih sbb x terpilih...kekekekeke
aku harap adik2 aku enjoy kat sane..selamat pergi dan pulang. yang paling penting aku harap dorang reti2 la bawak balik souvenier tuk aku..tp adik aku ni mmg bukan jenis yg reti pon hahahaha...aku kasik dorang half gaji aku okey bawak pergi sane baik tak kakak???






pada yg bace entry ni then nak taw adik2 aku pergi korea brape ribu pakej nya? pergi ngan sape? ok ke tak? boleh la ke link ni k..ni muslim punya travel suiteholiday ^,^

Friday, November 18, 2011

Cikgu Cikgi

Baru2 ni aku kena ganti ketua pkg aku hadir 1kursus di btpn. Mmg xde kaitan ngan kerja aku pun, tp xpe la pergi je lah tambah ilmu. 3 hari kat sane hari last je la aku faham ape yg disampai kan hahaha..dah mmg bkn profesion kita mcm mane nak fhm. Lantak la..cume pasal ssqs je la aku faham sb mmg kerja kita. Kdg2 rase kelakar jgk sb dulu kite ngan cg mmg bagai pipit dgn enggang tp skrg kena kursus same2 ibarat duduk same rendah diri same tinggi..ek??hahaha koya:p.. Sblm aku pergi kursus ni, aku kena jd urusetia utk bengkel mbmmbi..mase tu lg kelakar tgk ragam cikgu..bayangkan ptg je separuh kelas kosong. Faci bebel kat dpn, cikgu cikgi ada yg slumber kuar balik pintu blakang. Most of them cg laki..geleng2 kepale pikir mcm mane cikgu cikgi nak didik anak murid dgr kate sedangkan cg pun perangai lbh kurang...lg power ada. Ape2 pun cikgu2 tetap yg terbaik, tanpa cg siapalah aku ni.. Mase bengkel mbmmbi tu ada cg bm aku dulu mase darjah 6 jd peserta..segan uols nak kena urus cg kita dulu pulak kekeke..dah la dulu dia cg peberet. Lupa plak nak snap gmbr ngan cg tu namanya cg rashidah..best of da best!
Sent from my Nokia phone ^,^

Tuesday, November 8, 2011

The twins


Salam aidiladha buat semua...raya haji tahun ni meriah kat kampung. 1 ekor lembu, 4 bahagian buat korban, lagi 3 bahagian buat akikah utk kembar ini.... (2 bahagian utk naufal nahdan + 1 bahagian utk aisha adrianna *kembar ni lain mak lain bapak :p...
Sent from my Nokia phone ^,^

Sunday, October 30, 2011

MasterChef Malaysia

im so addicted to this show!!!
sabtu-rabu jam 9 malam
selamat menonton ya...
^,^

Saturday, October 29, 2011

negeri sembilan juara piala malaysia

tgk bola malam ni sorang2...
tgk dalam bilik sambil landing atas katil..ko citer skit ape yg best kalau tgk bola sorang2 pastu landing2 pulak. yg bestnyer adalah tido..huhuhu...
x yah la aku nak ulas panjang2, menghormati negeri tanah tumpah darahku #TDDMKA ;p , jadik aku pendekkan dengan mengucapkan tahniah kepada negeri sembilan kerana menjadi juara merebut piala paling berprestij di malaysia.

piala ini milik orang nogori...

sepanjang aku menjadi peminat bolasepak ni, aku dah lalui 3 kali final piala malaysia sebagai penyokong terengganu fc. 1998, 2001, 2011...3 kali perlwanan ni 2001 terengganu adalah juara. 1998 mase tu aku darjah 6, menangis kot terangganu kalah! hahaha... 2001 bila menang confirm2 lah happy, sampai2 aku berebut, berasak2 kat padang astaka tu nak tgk piala n jumpe hero2 pujaan..;p, mase tu hairuddin omar, wan rohaimi, rosdi talib, sapian wahid, sabri sulong... untk kekalahan 2011 ni no hurt feeling...ntah la aku sendiri pun mcm excited tak excited jek sbb klimaks sebenar yg aku rasa mase suku akhir lagi. bila terengganu kalahkan kelantan..itulah klimaksnya untuk kempen piala malaysia 2011 ini! ape2pun..peteh ganu peteh!
^,^

Thursday, October 27, 2011

[video] Sila bayar PTPTipu



jangan jadi kacang lupakan kulit kekdahnyer....
cisssssssssssssss dari aku! ^,^

[Pics] adif - rock star





macam ade iras aaron aziz la....hahahahahahhahahahahahaha....
-rindu- ^,^

Tuesday, October 25, 2011

Home sweet home

4 hari 3 malam merantau ke tempat org mmg letih giler babs.. Family gathering is the best thing ever..manis mmg x bleh angkat! Bbq di rumah adik, celebrate wedding abg iwan n kak alia, open table kat flaming steamboat, lepaking kat intekma resort..walau letih tp we had fun. Later i'll update the pictures..okbai :)
Sent from my Nokia phone ^,^

Friday, October 21, 2011

Pergi tak kembali

Pagi2 jam 7 dpt panggilan dr kawan gtaw yg seorang sahabat kami telah kembali ke rahmahtullah. Innalillahi wainnalilahirojiun. Terkejut, ketaq lutut pg2 ni..dlm caye x caye je sb x sangka secepat ini dia pergi. Arwah rakan sejawat aku, bertugas di pkg raja besut. Orgnya sgt baik, menyenangkan, rajin, x penah kasar..mungkin Allah sayangkannya. Marilah sama2 sedekah kan alfatihah buat sahabatku firdaus. Buat keluarganya, semoga Allah memberi kekuatan buat mereka, anak baru 2 tahun isteri arwah baru pregnant anak ke2, betapa hebat Allah menguji. Kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba, sentiasalah berpegang teguh pd ajaran Allah. DariNYA kita datang, kpdNYA kita kembali. Buat firdaus, semoga Allah menempatkan mu di kalangan org2 yg beriman..amin. Alfatihah
Sent from my Nokia phone ^,^

Hadiah kahwin untuk abg iwan & kak alia

ade ke korang penah tgk org kasik hadiah kahwin mcm hamper gitu..ini mama punya idea la ni, mama plak ceduk idea chinese yg jual tupperware ni. adoiii yg kena bungkusnye aku..belasah je lah..

gambar bawah ni belum siap lagi...terkial2 gak nak siapkan benda ni..dah la aku sorang2..mcm nak tumbang je tower ni

tadaaaa...dah siap..belasah2 pun...tp nampak ok gak kan..hahaha...

^,^
Related Posts with Thumbnails