Thursday, September 30, 2010
mozza burger a&w terbaek!
me: a&w!!! yeehaaaa....
lepas makan, kami terus berdusup pergi ke tesco shah alam. belasah blaus satu kat butik boss...cantek jgk kaler itam. angah shopping barang dapur. Q panjang giler, kami balik bodoh jer. x berbaloi nak Q panjang2..barang x byk pon beli. tambah plak da lewat...otw balik naufal tertido dlm car seat dia. tired omputih kate...hehehehe :ppp ^,^
Klang : Petang Sabtu
haha..ni mase lepaking kat umah angah di klang. jadi babysitter naufal tuk satu hari je pon, haha..:) bawak naufal jalan2 naik motor, ronda satu taman bukit raja. nice view lorh.. pergi playground...betul2 depan taska naufal. nampak byk bendera Malaysia keliling pagar taska..naufal asyik sebut SATU *ko tahu..naufal ni bendera dia panggil satu...hahaha..
^,^
situasi siti (bukan siti kelembai :p)
bos A: siti, awak dah buat permohonan untuk baiki barang rosak tu?
siti: dah, tp blm follom-up lg.
Bos A: cepat skit settle hal ni.
Siti: okay.
*bos A nampaknya amat2 memerlukan duit peruntukkan itu..kalau x dpt mau menangis nih..:p
siti called bos B.
siti: encik dpt x borang permohonan yg saya faks?
bos B: ermm..dapat. duit peruntukkan habis dah.
siti: ye ke. xpe lah..
bos B: barang tu rosak ape?
siti: saya pun x pasti, bos A saya minta tlg buatkan surat permohonan je.
bos B: kalau bos A awak nak, bagitahu dia duit peruntukkan dah habis. tp kalau awak tukar bos baru, saya akan bagi peruntukkan.
siti: aa? errr.....xpe la camtu...huhu
bos B: awak marah saya ke?
siti: eh ...tak..
bos B: bos A awak tu malas sgt. saya suruh pergi khidmat bantu pun x pergi2. malas buat kerja...
siti: huhuhu...
bos B: bagitahu camtu je pd dia...
siti: okay, terima kasih encik..
masalah skrg ape siti nak bgth bos A. confirm bos A akan tanya pasal permohonan ni. rasenyer kalau siti bgth semuanya secara detail, perang akan tercetus x? bos B x makan dek saman nih...dia redah jer. huhuhu...siti tersepit dan terselit...:ppp ^,^
Wednesday, September 29, 2010
yaya so sweet!
setem pon naik harga...
Wednesday, September 22, 2010
luahan hati kot =p
tarikh penerbangan
2 okt ni kami akan adakan kenduri doa selamat kat raub, kampung papa. dan pd 10hb okt plak kenduri di losong, kampung mama. cikma pun ikot sekali ke tanah suci, jadinya mereka kesana bertiga. sedih? op kos aku sedih...jauh tu, beribu batu...kita x taw ape akan berlaku disana. aku mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka sepanjang disana. inikan salah satu ibadah, rukun islam kelima. aku mendoakan papa, mama dan cikma akan selamat pergi dan selamat pulang. dan juga semoga ibadah yg dilakukan kelak akan diterima olehNYA.
p/s: raya haji tahun ini aku beraya tanpa mak ayah...tp xpe cumi ade. for sure aku beraya di losong nanti. raya haji di kampong aku same meriah dgn raya aidilfitri. ^,^
Tuesday, September 21, 2010
happy birthday adif!!!
^,^
Sunday, September 19, 2010
fokus kerja =)
raya pon sudah...
cuti pun dah sudah...kot...:p
along, angah, acik, iman...semua dah pulang ke tempat masing2.. senang cerita riwayat raya hampir tamat la..
jadik skrg sila fokus kerja...
biasalah, bile baru masuk kerja lepas cuti panjang mmg la blur...haha... normal la tuh..kena tuned balik la otak ni. tp xde hal...semuanya akan berjalan seperti biasa...*wakakaka buang tebiat..!!
pagi tadi baru sampai dr klang(umah angah), terus masuk kerja..kepala mmg toink toink la...kerja plak boleh tahan lumayan.. adah n kimah plak buat opis terbuka, siap bawak satay n kueh raya..sakan dorang.. aku join semulut r..hahaha...
aku stay kat klang 3 hari, 2 malam..haha mc percutian kot..
balik naik bas, bas tambahan...ok la..xde la tiket tipu..bas mmg wujud walau lewat 1 jam.
selamat kerja tuk semua...kerja kena fokus, jgn raya je korang nk fokus...haha =p
p/s: teringin nk pergi umah terbuka...tlg invite saya.. :ppp ^,^
Wednesday, September 15, 2010
Masjid Ground Zero - Konspirasi Cordoba!
Sebelum artikel ini dibaca...aku tegaskan yg aku hanya copy n paste artikel ini di dalam laman sosial facebook. Aku rase artikel ade info yg boleh dikongsi bersama dengan umat yg seagama dengan aku iaitu ISLAM. Isu semasa skrg antara yg semakin hebat diperkatakan ialah berkenaan sebuah masjid yg mahu dibina berdekatan tapak runtuhan WTC. Dan seperti dijangka atau mungkin lebih tepat seperti dirancang, agama ISLAM diperkotak-katikkan lagi. Sampai ke satu tahap, kitab suci umat islam iaitu al-Quran mahu dibakar oleh seorang paderi. Sebagai seorang islam, bagi aku perbuatan ini adalah melampau dan terkutuk. Seperti biasa aku 'follow' isu ini dari jauh. Bukan tidak berminat ataupun tidak cakna...tp siapa yg mahu mendengar suara aku membantah perkara ini. Hanya menadah tangan memohon pada Allah agar DIA memberikan petunjuk kpd pendusta2 ini. Bagi aku Islam itu sepatutnya lembut, dalam kelembutan tersemat ketegasan.Tidak perlu beremosi berlebihan, tp perlu ditangani dengan bijak. Perlu diingat, skrg, musuh bukan hanya menyerang secara fizikal, tp juga secara mental. Bunyi macam kelakar,tp itulah kenyataannya. Siapa yg mendalangi isu pembinaan sebuah masjid yang dinamakan MASJID GROUND ZERO??? Kenapa aku kata ada dalang disebalik isu ini? kerana aku telah membaca artikel ini...'THE CORDOBA CONSPIRACY'.
Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.
Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.
(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)
Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.
Dua bukti pada Surah At-Taubah
Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.
Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;
Maksudnya;
“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”
Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107
1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”
Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.
Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.
Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.
Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.
Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.
Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.
2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.
Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.
Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.
3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”
Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.
Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.
Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?
4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).
Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.
Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.
Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman
(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.
5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”
Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.
Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.
Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.
Surah At-Taubah, ayat 109;
Maksudnya;
“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.
Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109
1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”
Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.
Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.
Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.
(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.
2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”
Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat
Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.
Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.
Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.
Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran
Dalam surah At-Taubah, ayat 124;
Maksudnya;
“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”
Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124
Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.
Rahsia Lain Surah At-Taubah
Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.
Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero
Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.
Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911
Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.
Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran
Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.
Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.
Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.
Na’uzubillahiminzaalik
^,^Tuesday, September 14, 2010
Kes pembunuhan kejam di Malaysia
KRONOLOGI
23 Julai 1993
-Di kerat 18!
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan itu ditemui dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong.
18 Jun 2003
- Dirogol, dibunuh dan dibakar
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
25 Disember 2003
- Rogol dan bunuh!
Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta Samsudin, 22, ditemui mati dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat dan kakinya juga diikat. Beliau disyaki dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas.
27 November 2006
- Dibunuh dan Diletupkan!
Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
17 September 2007
-diculik, diseksa, dirogol, diliwat, TERBUNUH!
Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.
5 Januari 2010
-Sakit jiwa dan Masalah mental.
Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh oleh cucu sendiri, Rasidi Ismail, 32, di dalam dua rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin. Mayat Atan Daud, 90, ditemui dalam keadaan putus tangan kiri di sebelah mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya, selain menantu, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah, 22.
sebenarnya banyak lagi kes yang kejam, zalim dan mengerikan berlaku kat malaysia ni tapi ini antara yang berprofil tinggi dan mendapat perhatian yg meluas.
togather gather :p
jarang2 sekali je dpt same2 camni...
mmg xpernah nk cukup corum...
lagi sedih, tu hah...anak isteri dia la....angah n naufal..
tp xpe la, demi tuntutan kerja, demi negara dan juga demi upahnya*terpenting...haha
^,^