Friday, July 27, 2012

fikir dulu sebelum bertindak

assalamualaikum...
alhamdulillah dah 7 ramadhan, cemane puasa masing2? puas hati ke dgn ape yg kita dah lakukan selama seminggu ni...tingkatkan lagi amalan ya. jangan lupa sahur..sebab beza puasa kita dgn puasa yahudi adalah dengan bersahur. sebenarnya aku nak share cerita pasal keberkatan puasa ni dengan ape yg aku alami kelmarin. kelmarin aku terasa hati dengan seorang kawan, tertusuk jantung ni hah..rase nak menangissss...huhu.. senang cerita camni lah, seorang kawan minta pertolongan aku. aku x de hal nak tlg, tp aku minta dia ringankan sikit pertolongan tu dengan minta dia sahkan dulu barang yg dia nak aku ambil dah siap ke blm. aku malas la nanti aku sampai barang x siap lg. tp reply mesej yg aku dapat dari dia sgt2 buat aku tersentap. betol2 tersentap, bukan main2 ni. terasa sesak dada ni hah, panas hati, gelegak kepala. fuhhhh...aku terus karang ayat yg aku kira kalau aku send mmg putuslah persahabatan kami. OMG...nasib baik aku x terlanjur buat benda bodoh. sebelum send tu aku istighfar, aku teringat ini bulan ramadhan. berpuasa menahan diri daripada ikut nafsu syaitan, walau syaitan kena rantai tp nafsu dia ade dimana2. selepas pikir panjang, aku padamkan sms reply aku. aku just reply OK. aku sabarkan diri, x mahu pikir panjang aku hulurkan aje pertolongan. selesai kerja itu, dalam sejam aku terima sms terima kasih drp shabat tadi. alhamdulillah sms itu buat hati aku terubat. bukan sbb aku mahukan ucapan terima kasih tp aku sedar yg aku dah buat satu tindakan yg betul. cuba bayangkan kalau aku send sms reply itu, mungkin hati kawan aku akan terluka...camana aku nak sembuhkan luka tu. mungkin aku boleh minta maaf tp kata2 seperti ' forgive but not forget' akan meghantui aku... aku x mahu terlanjur lg..x suke bergaduh dengan kawan sbb pengakhirannya nanti aku yg akan rasa bersalah. setiap kali aku terasa hati dengan kawan aku akan diamkan diri, kadang2 aku akan hilangkan diri...wahhhhh hehehehe... dah itu je nak citer...selamat berpuasa ya! 
^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails