samsung adalah satu jenama dari korea, dulu tiada orang pandang tetapi skrg jadi kegilaan. bagaimana jenama samsung boleh meningkat sebegitu mendadak sehingga tahun lepas saja jenama samsung berjaya melintasi keuntungan APple, satu jenama yg sgt establish. seperti juga kpop, bagaimana muzik korea boleh berkembang hebat skrg? kpop jadi kegilaan, samalah dengan smartphone samsung. sebenarnya kebijaksaan dalam mengatur strategi adalah kunci segalanya. saya kagum dengan rakyat korea, mereka sgt pandai membuat duit..yg penting buat duit guna kepakaran rakyat sendiri. tengoklah bagaimana JYP, SM dan YG bersatu memikirkan strategi utk memasarkan produk kpop, bersatu menggunakan strategi yg mantap. begitu juga jika dikaji bagaimana Lee Kuan Hee menaikkan nama samsung daripada satu jenama yg 'cap ayam' sehingga menjadi 'monster'. ini antara sebab kenapa saya memilih untuk menjejakkan kaki ini ke negara 4musim korea selatan. selain dari saya teringin rasa musim2 yg berlainan, saya mahu melihat sendiri cara kehidupan mereka, selama ni tgk melalui drama2 korea aje. saya mmg kagum dengan life style mereka, satu yg saya amat kagum adalah kesatuan mereka. bayangkan sepanjang saya disana nak jumpa pizza, kfc, mcd punya la susah, starbuck lagi lah...mereka x layan produk luar tapi agungkan produk tempatan. chanel, maybelline, dior susah nak cari makan disana. mereka akan wujudkan produk kosmetik buatan tempatan. mereka sehabis mungkin akan mengurangkan pengaliran wang negara keluar...bijak kan pakar ekonomi mereka. cuma kadang2 saya kasihan pada mereka, sebagai sebuah negara yg majoritinya tiada agama mereka 100% menjadi hamba duit.
Wednesday, July 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment