Thursday, January 5, 2012

Bicara Tentang Mati

Mati itu pasti,
Hidup itu insyaAllah..
sejak 2 menjak ni asyik fikir mati jer...tak tahu lah kenapa. banyak bermain di fikiran ni. bila bawak keta aku terpikir, cemane nanti kalau accident, bila pegang plug aku terpikir cemane nanti kalau kena renjatan elektrik, bila aku lintas jalan aku terpikir cemane kalau kena langgar, bila aku makan ntah pape aku terpikir cemane nanti kang dapat penyakit kanser... memang x mau pikir bukan2, x mahu jadi doa pulak. bila terlintas je perkara ni aku istighfar banyak2..mintak jauhkan benda bukan2 ni. tapi fikir pasal kematian kan dapat pahala....keliru makkkk.;)
sebelum mati kita pasti ada banyak perkara nak lakukan. kalau boleh, kita nak ngadap sejadah jer 24jam..tapi adakah hanya solat kewajipan kita? di dunia ni kita punya banyak kewajipan, solat yang utama kerana solat tu tiang agama. x solat ni ibarat rumah tanpa tiang la..dan perkara2 lain tu ibarat seisi rumah. rumah x kan jadi rumah jika hanya ada tiang, x sempurna namanya. sama lah kewajipan kita atas muka bumi ni, nak jadi sempurna bukan hanya solat. jadi bila pikir pasal kematian aku ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran ni. pertama aku terfikir andai aku mati nanti cemana la akaun2 aku di alam maya ni. contoh facebook, twitter, blog, email, youtube dan etc. yg tahu password hanya aku, kalau boleh bila aku mati aku nak waris aku delete semua akaun2 milik aku. aku x mahu dosa aku terus berterusan andai akaun2 milik aku ini ada membuahkan dosa utk aku..nauzubillah... pernah jadi pada seorang kawan, dia meninggal tapi facebooknya masih wujud. yang paling malang gambar profile arwah tak menutup aurat..berterusanlah dosa2nya. aku x mahu hal itu terjadi pada diri aku.
kedua, aku terpikir pasal kawan2, kenalan2, keluarga..bila aku mati suatu hari nanti adakah mereka akan terus mengingati aku. mengingati aku yang baik2 saje atau mereka akan mengingati perangai2 jahat aku. bila ada kematian, aku selalu dengar orang bercerita pasal si mati like 'si a tu baik orangnya, sepanjang kenal dia mmg dia x pernah sakitkan hati aku'...hurmmmm agak2 nanti ada ke org nak bercerita benda2 yg baik pasal aku...hihihi so childish ler aku ni.
ini last aku fikir....aku selalu fikir dalam family aku nanti siapa yang pergi dulu. sejujurnya aku tak sanggup memikirkan andai parent aku pergi dulu...oh yaAllah, panjangkanlah umur kedua ibubapaku yaAllah...aminnn... aku punya 2 orang kakak, 2 orang adik, 5 orang anak saudara, aku punya cumi, ibu saudara yg aku paling sayang, aku punya ramai saudara, aku punya ramai kawan. Andai aku pergi dulu...maafkan segala kesalahanku, halalkan segala makan dan minum, hutang kalau ada sila bagitahu pada waris aku. jangan senyap jer..if nak senyap boleh tapi mintak dihalalkan. kadang2 aku lupa hutang orang, takot betol bila lupa ni. orang pun tak ingatkan..andai diingatkan mmg aku akan bayar.
kalau nak bercerita pasal 'fikir' ni mmg tak habis la sbb kita tak akan berhenti berfikir. jadi aku fikir pasal mati tamat disini. andai ini entry terakhir aku tentang kematian, aku rase sgt bertuah kerana hanya Allah tahu detik kematian hambaNya dan aku dapat merasainya....:)

p/s: yaya tanya 'makteh, orang mati nanti masuk syurga ke?' ^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails