Saturday, October 16, 2010

kuku panjang

dulu aku masih ingat, tiap2 hari aku akan check kuku kawan2...aku dulu pengawas huhu. kuku panjang, aku tulis nama dlm buku 555...hahaha... betapa dulu kuku panjang mmg xleh, sbb kalau aku kuku panjang, apehal aku nk check kuku org plak kan. tp sekarang dah besar panjang ni, xde sape dah nk check kuku uols...sendiri kisah la kan. mcm aku, aku mmg rimas kalau kuku panjang. x selesa langsung...rase mcm x bersih. korang taw kan...dlm islam, kuku panjang ni boleh menyumbangkan korang dosa. Allah x suke2 mengharamkan benda2 yg dosa ni...ada keburukan berkuku panjang. korang search la sendiri, mintak en. google tlg cari ape dosa berkuku panjang, ape keburukan...belambak info korang leh dapat. aku malas nk cakap ape dosa ni...tp aku berminat nak cakap pasal pahala... korang taw x nak potong kuku ni ade caranya. mengikut sunnah nabi, potong kuku haruslah bermula dr jari telunjuk di sebelah kanan. kalo jari kaki plak, mulakan dgn jari kelinking kaki kanan. korang ikut sunnah nabi, insyaAllah dpt pahala.

boleh refer gambar ni...:)

ada plak tambahan, yang ade hari2 tertentu disunatkan memotong kuku. contohnya yg aku dpt emel baru2 ini.

Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

aku mmg x pasti kesahihan tentang perkara ni. tp sejak aku kecil lagi, papa selalu pesan hari jumaat potong kuku. jadi mmg rutin kami adik beradik, hari jumaat kami akan potong kuku. yg hari lain2 aku x amalkan. senang cerita korang potong kuku hari jumaat, seminggu sekali pun oklah. kalau terlepas jumaat, potong la hari isnin atau khamis sbb isnin, khamis dan jumaat mmg diutamkan melakukan ibadat sunat.

with love, widy =) ^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails