sejujurnya saya tidak mengenali lelaki yg bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam ini, bahkan semasa hayatnya masih dikandung badan saya juga tidak mengenalinya. saya hanya mengenalinya selepas dia pergi menemui sang penciptanya, Allah azza wajalla. itupun setelah saya melihat satu video yg di'share' oleh seorang rakan di laman fb mengenai diri Ammar selepas kematiannya. video itu membuatkan saya mengalirkan airmata dan merasa seperti dekat dengannya. saya merasakan yg pemuda ini bukan hanya seorang pemuda yg biasa. barangkali Allah mengirimkan kisah ammar ini untuk menyepak, menendang, menampar kita agar bangkit dr tidur yg lena. saya teruskan mencari info berkenaan dirinya, subhanAllah...di usia baru menjengah 20 tahun, dia begitu dimuliakan di Turki, sungguh hebat dan berjiwa besar sekali anak kepada Ahmad Azam Abd Rahman ini. rasa tidak jemu mengenali dan menjejaki kisah hidupnya. selepas membaca beberapa coretan orang2 terdekat dgn dirinya, saya menggambarkan diri AllahyarhamAmmar ini sebagai pemuda yg segak, pendiam tetapi berjiwa yang besar. semoga syahid disisi Allah menjadi miliknya..inshaAllah.
Thursday, November 21, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment