Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

La Ikraha fi Ad-Din

~ Random Thinking ~

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

wahai anak adam, jika 5 perkara diatas kamu sanggup melakukkannya...maka islam lah kamu... sesungguhnya tiada paksaan dalam memeluk agama islam...tetapi yakinlah kamu anak adam bahawa islam lah agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. islam itu benar...

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

wahai anak adam...jika kamu seorang islam maka haruslah kamu beriman kepada 6 perkaran diatas. Allah, malaikat, alquran, rasul, akhirat dan juga qada' qadar. yakinlah dengan k
ewujudan Allah swt, sang pencipta segala makhluk di alam ini, percayalah kpd kewujudan malaikat, pesuruh Allah. hiduplah kamu berlandaskan kitab suci alquran dan sunnah nabi, ingatlah kamu akan hari akhirat, tempat perhitungan segala amalan kamu, tempat yg kekal abadi, dan juga haruslah kamu yakin dengan qada dan qadar Allah...redha dengan segala ape yg terjadi ke atas mu kerana kita tidak punya kuasa, hanya Allah punya kuasa!

Terapkanlah nilai2 6 Sifat Para Sahabat ini dalam hidup mu wahai sahabat seISLAMku.

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah” - tiada tuhan selain Allah, nabi muhammad itu pesuruh Allah.

2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk - solat itu tiang agama!

3.Ilmu zikir - ilmu dan agama berpisah tiada.

4.Ikromul muslimin - jagalah hubungan silaturahimmu.

5.Ikhlas niat - ikhlas adalah kunci segala-galanya.

6.Dakwah dan tabligh - tiada paksaan dalam islam tetapi menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam.

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

al Baqarah : 256

Firman Allah;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”

[Al-Baqarah : 217]

"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di muka bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"(Yunus 10: 99)

p/s: mungkin saya tiba2 menulis entry ini kerana dipengaruhi oleh isu yg sedang hangat skrg ini!
^,^

Friday, April 27, 2012

Tidur adalah satu kewajipan

PENTINGNYA TIDUR APABILA MATA "MENGANTUK"

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: 

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata:

"Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."



>>> untuk dapat tenaga kena lah tidur, untuk info je ni, masa saya di buat umrah dulu saya dimaklumkan penduduk makkah kalau di malam hari mereka memenuhi masjid dan berjaga untuk solat dan berzikir padaNya...di siang hari selepas subuh mereka balik ke rumah masing untuk tidur..mereka kebanyakkannya tidak bekerja, semua kaya2, xkerja pun x apa. tapi lainlah dengan kita, kita siang hari bekerja, kalaulah malam nak berjaga nanti mengganggu stamina kita nak bekerja. nanti kang waktu kerja kita tidur x pasal2 makan gaji buto lah kita. jadi berpada2 saja lah...sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya.  ^,^

Monday, February 13, 2012

HIjab and Fashion


budak ini berkata betol sebetol-betolnya...dan budak ini bercakap sgt pandai BI nya...best dengar dia berspeaking..:)
^,^

Tuesday, December 6, 2011

Hari Assyura (10 Muharram)

14 Perkara yang dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Sunat Assyura (9 dan 10 Muharram)
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

p/s: 10 muharram jatuh pada hari ini...6 december 2011...
^,^

Tuesday, November 25, 2008

panduan tuk semua

td aku masuk blog prettydyana, then aku bace satu post pasal kristian masuk islam. klik link ni tuk bace entri penuh kat blog dyana. kat bawah ni aku masukkan skit criter pasal ni.


Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yangaktif untuk memurtadkan orang Islam


aku percaye hal ni sebab dah terjadi pada saudara aku. dia seorang pensyarah kat salah sebuah universiti kat kl. dia berkawan ngan student dia sendri, name budak tuh micheal. mula2 bawak balik kampung, time tuh raye xpun cuti sem. reason nak balik sabah jauh lagi satu x de duit. sian kan... pastuh, lame2 semakin rapat n tetibe cakap nak kawen. ayah kat kampung masuk icu, sakit jantung. mak pengsan dgr brite nih. ayah n mak dia halang, adik beradik sume marah2. sampai gadoh2...mak saudare dia sampai ke kl nak bg nasihat. tp x makan pun...dia plak yg marah2. ayah dia siap suh hj hadi wat kan air, pastuh solat hajat...mcm2 la. nak lembutkan hati dia. ye r, sume brg hantaran dah beli nih...gubah2 segala bagai. kad kawen dah siap. mak ayah dia mmg susah hati. ade org cakap kalau name kristian micheal, ibarat name melayu muhammad. means mmg org2 yg kuat agama. mmg time tuh x taw dah nak watpe, dia nak kawen sesgt then pakcik dia tu ckp kalau nak kawen dtg sini(kat kampung) dan mengucap 2 kalimah syahadah depan semua sbb micheal tuh ckp dia dah peluk islam tp bile nak tgk sijil masuk islam, dia ckp ilang...what the reason kan... mmg sampai sudah x dtg dan end of the story, micheal nak tunda kawen sbb ayah dia masuk hospital kat sabah. so dia kena balik sabah, pastuh trus senyap. xdgr khabar brite. mase dia balik kg, ayah dia x bg dah dia blk kl. ayah dia bawak dia g pulih semangat, aku x pasti katne. sampai la baru nih, sedare aku dah kawen. dia pun dah tukar tempat keje. aku x taw pe muslihat micheal yg sebenar tp sedare aku ni cakap micheal ni mula2 ckp dia anak org miskin, xde duit. sedare aku ni selalu la bantu dia, bg duit...bg pinjam keta. pastuh jd rapat...kluar date hari2. mmg falling in love gila babas lah. sedare aku ckp mmg xleh nak lupe micheal. mgkn sbb berkat doa mak ayah dia, ALLAH jauhkan micheal dr sedare aku nih. alhamdulillah la x jd mende yg x baik kan. aku aku respect la usaha kluarga dorang, mmg berusaha keras nak pulihkan anak dorang.
so kawan2 sume, hati2 k. jgn bangga sgt dpt pakwe org luar. bukan pe, kita kena jage2...ape yg penting sentiasa igt ALLAH, mintak DIA lindungi kita. amin.
^,^
Related Posts with Thumbnails