Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

La Ikraha fi Ad-Din

~ Random Thinking ~

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

wahai anak adam, jika 5 perkara diatas kamu sanggup melakukkannya...maka islam lah kamu... sesungguhnya tiada paksaan dalam memeluk agama islam...tetapi yakinlah kamu anak adam bahawa islam lah agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. islam itu benar...

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

wahai anak adam...jika kamu seorang islam maka haruslah kamu beriman kepada 6 perkaran diatas. Allah, malaikat, alquran, rasul, akhirat dan juga qada' qadar. yakinlah dengan k
ewujudan Allah swt, sang pencipta segala makhluk di alam ini, percayalah kpd kewujudan malaikat, pesuruh Allah. hiduplah kamu berlandaskan kitab suci alquran dan sunnah nabi, ingatlah kamu akan hari akhirat, tempat perhitungan segala amalan kamu, tempat yg kekal abadi, dan juga haruslah kamu yakin dengan qada dan qadar Allah...redha dengan segala ape yg terjadi ke atas mu kerana kita tidak punya kuasa, hanya Allah punya kuasa!

Terapkanlah nilai2 6 Sifat Para Sahabat ini dalam hidup mu wahai sahabat seISLAMku.

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah” - tiada tuhan selain Allah, nabi muhammad itu pesuruh Allah.

2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk - solat itu tiang agama!

3.Ilmu zikir - ilmu dan agama berpisah tiada.

4.Ikromul muslimin - jagalah hubungan silaturahimmu.

5.Ikhlas niat - ikhlas adalah kunci segala-galanya.

6.Dakwah dan tabligh - tiada paksaan dalam islam tetapi menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam.

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

al Baqarah : 256

Firman Allah;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”

[Al-Baqarah : 217]

"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di muka bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"(Yunus 10: 99)

p/s: mungkin saya tiba2 menulis entry ini kerana dipengaruhi oleh isu yg sedang hangat skrg ini!
^,^

Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0

esok ada perhimpunan bersih 3.0...
dengarnya sampai ke makkah 'dibersihkan'.
hebat tu, boleh jadi esok malaysia akan 'terkenal' sekejap :)


ada yang tanya, saya join bersih 3.0 ke? 
jawabnya saya mmg x join perhimpunan2 seperti ini bukan bersih 3.0 je tapi perhimpunan di sekolah setiap hari ahad pun saya x join juga banyak ponteng hehehe...


ada yang bertanya apa pendapat saya tentang perhimpunan bersih ini? 
jawabnya walaupun saya x join tp saya menghormati perjuangan mereka sebagaimana saya menghormati pemerintah saya skrg...


kalau ada yg bertanya adakah saya menyokong kerajaan? 
jawabnya baik atau buruk atau jahil atau kafir pemerintah saya skrg saya serahkan bulat2 pada Allah. jika pemerintah saya skrg orang2 x berpegang pada ajaran islam, moga Allah memberi petunjuk dan balasan yg sebenarnya pada mereka2 ini. jika pemerintah saya sekarang meneruskan kuasa pemerintahan dengan pilihanraya yang tidak adil, saya doakan dan menyerahkan ini kepada kuasa Allah untuk menghukum. 


kalau ada yang bertanya adakah saya ini penyokong pembangkang? 
jawabnya sebagai seorang rakyat biasa kuasa yg saya ada hanyalah undi di PRU akan datang kerana itu adalah hak saya sepenuhnya. sebab itu saya x mahu mengutuk atau membantah bersih 3.0 kerana ia ada kaitannya dengan PRU nanti. saya juga mahukan satu pilahanraya yang adil supaya yang menjadi pemerintah nanti adalah yang sebetulnya dipilih. 


kesimpulannya? 
saya bukan pro kerajaan atau pro pembangkang, cuma saya harap janganlah kita terlalu berlebihan sehingga syaitan pula yg menjadi ketua kita nanti. apa-apapun Allah itu maha besar lagi maha berkuasa, alangkah baiknya jika kita berserah sepenuhnya padaNya..wallahualam... ^,^

Tuesday, January 3, 2012

biar tak pandai...

astaghfirullahal'azim....
mengucap panjang semenjak dua menjak ni.
semput.....0_o

arif alfian
-image removed-

baru-baru ni kecoh pasal student tajaan petronas kahwin pasangan sejenis di luar negara. hangat isu ni satu malaya, masuk paper itu ini, facebook, twitter, blog...semua duk citer pasal mamat ni. belum reda kisah arif ni, datang lagi kejutan baru. pelajar satu ketika dulu peroleh 17A dlm spm beraksi 'maut' di laman facebook. penampilan yg berputar 360 darjah dari penampilan sebelum ini. nur amalina che bakri pernah harumkan nama ibu dan bapanya dengan keputusan spm yang luar biasa, dapat tajaan belajar luar negara. skrg ape jadi???

amalina bakri
-image removed-

mak ayah kat kampung menangis pilu kenang kelakuan anak di perantauan. mengharap anak pergi abroad belajar biar pandai, gapai cita2...tp lain jadinya. bukan nak dedah aib orang tp cuma mahu berkongsi nasihat. agar anak2 muda sekarang sedar belajar pandai tak guna kalau tiada iman di dada. belajar di negara orang banyak dugaannya, lebih2 lagi negara barat yang mmg jauh dr islam. bukan senang nak harungi cabaran hidup bersendirian, iman yg goyah, fikiran masih tak matang...bila dipikir2 biarlah aku tak pandai hihihihi

^,^

Wednesday, December 7, 2011

Intipati Pelaksanaan SBPA

klik link kat bawah...semua intipati pelaksanaan ada tersenarai. korang teliti la habis2 dan akhir sekali di no19 korang pikir2 lah nak pilih ke x skim ini..
yg betol2 dalam perhatian aku ialah no12, berkenaan melanjutkan pelajaraan bagi penjawat awam di kumpulan pelaksana (oh iya...kump sokongan dah tukar nama utk sbpa ni iaitu kump pelaksana namanyerr)
okbai...:)

LINK
^,^

Tuesday, October 18, 2011

apa bezanya??? langgar dan kelar...

kita mengucap panjang bila tengok video budak umur 2 tahun kena langgar tanpa dihiraukan oleh orang ramai di china...sana sini orang bercakap hal ini. sedih hati saya sendiri lihat video ini, x sanggup nak tengok walaupun kali kedua..sekali saya tengok terbayang2 sampai ke saat ini!



tapi...ape bezanya dengan kes yang berlaku di negara kita sendiri ni...ibu muda berusia 16 tahun sanggup kelar anak sendiri sampai terburai isi perutnya...nauzubillah...ape nak jadik dunia oh dunia...dah lah berzina, lahirkan anak haram..dibunuh pula...bertaubatlah kamu wahai hamba Allah. sungguh zalim perbuatan mu ini.. tataplah gambar anak ini, aku sendiri x mampu menatapnya waima 5 saat. mengalir airmata ni, tersentuh hati...walaupun aku bukan seorang ibu tp naluri seorang wanita itu persis naluri seorang ibu.


syurga untuk mu wahai anak ^,^

Sunday, October 9, 2011

Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)

ini aku copy n paste..andai tersalah ampunnnn la yek... kenaikan gaji yang dijanjikan oleh kerajaan skrg ialah antara 7%-13%, yang mana antara rm80-rm320. jadi secara puratanya beginilah kadar kenaikan gaji penjawat awam nanti mengikut gred.

Gred 1-16 : RM80
Gred 17-26 : RM120
Gred 27-40 : RM160
Gred 41-48 : RM220
Gred 52-54 : RM260
JUSA A,B,C : RM320

yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin...inilah namanya adat dan rezeki masing2... kita bersyukur saje pada Allah Ya Rabb kerana memberikan kita rezeki ini. padan lah yg JUSA nak cover keta merc, yang gred 17 nak cover keta myvi je ponnnnnnnnnnn...

tapi.....
aku rase bajet ni macam terbalik, patotnya bagi lah yang gaji2 rendah tu banyak skit naiknya...huhu... KALAU KERAJAAN INI AKU YANG PUNYA aku akan terbalikkannya like this :

Gred 1-16 : RM320
Gred 17-26 : RM260
Gred 27-40 : RM220
Gred 41-48 : RM160
Gred 52-54 : RM120
JUSA A,B,C : RM80

barulah worldddddddd.....*eh tetibe mawi lak kuor...:DDD

p/s: dapatlah aku merasa rm120...jadiklah...alhamdulillah... ^,^

Bajet 2012

B.A.J.E.T
~ Buat Aku Jer Engkau Tak ~
kejammmmm takkk??? hahahaha...*jgn mara ni bukan gelak jahat, gelak sambil cover mulut ala2 RCW ni!
orang asyik pertikai penjawat awam dapat banyak imbuhan nak dibanding dengan sektor swasta...korang pikir la kalau x kerajaan bagi kami bonus2 tu semua sape lagi lah nak bagi kannnnnnnnnn??? dah kerajaan malaysia majikan kami...sob3... harapnya bos2 syarikat swasta pun same2 lah bangi bonus, bahagi2kan keuntungan. tapi kadang2 bila diperhalusi mmg nampak la ketidakadilan disitu pasal ada yg dapat ada plak yg x dapat, itu korang tanya najib la yek, tp itulah namanya rezeki masing2...

untuk diri ini cukuplah dari x dapat langsung kan...syukur ya rabb atas rezeki yang Kau limpahkan. aku juz tahu aku akan dapat bonus minimum rm500(itu pun akan dipotong kwsp), kenaikan gaji tahunan rm80-rm320(untuk aku konpem rm80 jek!) dan umur persaraan 60tahun(ini aku x taw melibatkan aku ke tak pasai aku kan dah keje). untuk orang lain aku x ambik tahu cuma aku harap segala kata2 manis, janji dan perancangan yg dibuat harap ada pelaksanaannya dan tiada penyelewengan.

p/s: gula2 bajet 2012 tidak mampu mempengaruhi kadar kencing manis ;p
... ^,^

Sunday, January 23, 2011

jual plastik?

eh..korang penah x alami situasi..korang pergi pasaraya then baru teringat hari tu adalah hari tanpa plastik. mesti bengang je kan sbb nak beli barang nanti nak letak mane. aku pun bengang jgk..dan yg membuatkan aku bertambah2 bengang tu bile dorang boleh charge pulak setiap sehelai plastik 20 sen..uhh wth!! sumpah aku bengang! kalau dah nama hari tanpa plastik, so x yah la nak jual2 plak. dah nak buat sgt hari tanpa plastik tu..pergi mam*** la sape2 yg x bawak beg. biaq p la lagu mana pun mereka nak angkut barang tu. x yah la nak menangguk di air keruh plak kan. siap main jual2..yg untung tokey pasaraya. yg rakyat ni kena bodoh camtu jer. keuntungan pasaraya berganda2 taw..20sen tuh, lagikan 1sen boleh bawak untung. grrr...sabar je lah!

p/s: kat mydin mall terengganu isytihar sabtu hari tanpa plastik...

... ^,^

Wednesday, September 29, 2010

setem pon naik harga...

ni dia..kadar baru pos domestik. xde da ko nak guna setem 30 sen skrg.. poskad je layak setem 30sen. paling minima 60sen wokay.. ni korang hapal..nak2 mcm aku yg duk kat pejabat, selang sehari ade je nk pos sumthing kan..ke marang la paling 'kerek'..:p , ni kalo agak2 x cukup tempek setem ni, pihak penerima akan kena charge..xpun surat akan dikembalikan. jadik baik ko tempek byk2 sket setem, akhir kata penutup 'biar berlebihan, jgn x cukup' miahahaha.. ^,^

Wednesday, September 15, 2010

Masjid Ground Zero - Konspirasi Cordoba!

Sebelum artikel ini dibaca...aku tegaskan yg aku hanya copy n paste artikel ini di dalam laman sosial facebook. Aku rase artikel ade info yg boleh dikongsi bersama dengan umat yg seagama dengan aku iaitu ISLAM. Isu semasa skrg antara yg semakin hebat diperkatakan ialah berkenaan sebuah masjid yg mahu dibina berdekatan tapak runtuhan WTC. Dan seperti dijangka atau mungkin lebih tepat seperti dirancang, agama ISLAM diperkotak-katikkan lagi. Sampai ke satu tahap, kitab suci umat islam iaitu al-Quran mahu dibakar oleh seorang paderi. Sebagai seorang islam, bagi aku perbuatan ini adalah melampau dan terkutuk. Seperti biasa aku 'follow' isu ini dari jauh. Bukan tidak berminat ataupun tidak cakna...tp siapa yg mahu mendengar suara aku membantah perkara ini. Hanya menadah tangan memohon pada Allah agar DIA memberikan petunjuk kpd pendusta2 ini. Bagi aku Islam itu sepatutnya lembut, dalam kelembutan tersemat ketegasan.Tidak perlu beremosi berlebihan, tp perlu ditangani dengan bijak. Perlu diingat, skrg, musuh bukan hanya menyerang secara fizikal, tp juga secara mental. Bunyi macam kelakar,tp itulah kenyataannya. Siapa yg mendalangi isu pembinaan sebuah masjid yang dinamakan MASJID GROUND ZERO??? Kenapa aku kata ada dalang disebalik isu ini? kerana aku telah membaca artikel ini...'THE CORDOBA CONSPIRACY'.

Sesungguhnya tiadalah yang paling benar melainkan lisan Rasulullah SAW yang menuturkan wahyu Allah yang pada akhirnya terhimpun dalam kalam yang sangat indah lagi besar rahmat-Nya.

Kami amat meyakini bahawasanya Masjid Ground Zero merupakan masjid yang dibina atas dasar penuh konspirasi di belakangnya. Ia bukanlah salah umat-umat Islam di sana dan seluruh dunia tetapi salah segelintir umat Islam yang sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah dan menurut segala arahan yang diberikan.

(Ground Zero – nama yang diberikan kepada tapak runtuhan World Trade Center pada 11/9/2001)

Keyakinan ini berdasarkan berita dari Al-Quran yang dengan jelas menyebut tentang pembinaan masjid dhirar di zaman Rasulullah. Dan firman berkenaan masjid dhirar (di Quba) tidaklah terhenti maksudnya di zaman itu sahaja. Sudah tentu ia difirmankan untuk mentakrifkan kejadian-kejadian yang bakal berlaku di akhir zaman yakni zaman sekarang ini.

Dua bukti pada Surah At-Taubah

Kami ingin nyatakan di sini bahawa pembinaan masjid kontroversi ini (Masjid Ground Zero) telah pun diisyaratkan dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu. Isyarat akan kewujudan masjid ini dinyatakan dalam surah At-Taubah, ayat 107 dan 109 secara tepat dan tiada perumpamaan.

Pertama : Surah At-Taubah, ayat 107;

Maksudnya;

“Dan (di antara orang-orang munafiq juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

Keseragaman Peristiwa dengan Ayat 107

1. “….membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam)”

Di Kabul, Afghanistan dua orang Islam telah mati dan empat lagi cedera dalam satu demonstrasi menentang kempen membakar Al-Quran. Dua lelaki tersebut mati ditembak askar Jerman yang berkawal di Kabul.

Semenjak Cordoba Initiative mencadangkan untuk membina masjid berhampiran Ground Zero, umat Islam sentiasa dipandang hina malah simbol keganasan mula kembali diapi-apikan di internet, media Israel, masyarakat non-muslim untuk menggambarkan imej umat Islam khususnya di Amerika.

Dr. Zuhdi Jasser dari American Islamic Forum for Democracy of Phoenix Arizona tidak bersetuju dengan cadangan Cordoba Initiative menurutnya, Ground Zero sangat tidak sesuai kerana Ground Zero adalah lokasi di mana Amerika menggunakannya untuk membina alasan agar umat Islam Iraq diserang dan Ground Zero.

Kenyataan Dr. Zuhdi sangat tepat kerana Ground Zero juga adalah tempat pertama yang menyebabkan Islam dilabel sebagai pengganas. Ia juga punca kepada umat Islam Amerika berada dalam bahaya dan ancaman semenjak September 2001.

Selain Dr. Zuhdi, terdapat pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bersetuju dengan Cordoba Initiative antaranya ialah Ahmadiyya Muslim Community (London), Center for Islamic Plurasim (Amerika), Pengarah Televisyen Al-Arabiya dan lain-lain lagi.

Kesemuanya bersetuju bahawa mereka sangsi mengapa Cordoba Initiative memilih lokasi terbabit yang sudah pasti bakal mencetuskan kemarahan masyarakat bukan Islam Amerika.

2. “….dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri)”.

Multi-billionaire terkenal Amerika, Donald Trump secara peribadi menawarkan kawasan lain di sekitar New York untuk pembinaan masjid baru manakala semua kos akan ditanggung oleh beliau. Malangnya, Cordoba Initiative enggan menerima tawaran tersebut, mereka menguatkan keingkaran mereka dengan hujah kononnya masjid sangat diperlukan di Ground Zero.

Pada 9 Sept 2010, jurucakap Cordoba Initiative memberitahu mereka tetap dengan pendirian mereka membina masjid di situ kerana mendapat sokongan White House. Keengganan mereka memindah masjid menjadi tanda tanya sebahagian pemerhati konspirasi kerana ia boleh mewujudkan rasa benci jangka panjang masyarakat bukan Islam seluruh dunia. Walaupun tujuan itu dilihat murni kerana membina tempat ibadat umat Islam New York tetapi sokongan padu White House yang diluar jangka sentiasa menjadi persoalan.

3. “…juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.”

Ayat di atas jelas membuktikan bahawa Masjid Ground Zero boleh dijadikan tempat intipan oleh kelompok Yahudi Zionis mengenalpasti mana-mana individu muslim yang sangat produktif dalam menegakkan syariah islamiyah. Sekiranya masjid tersebut siap dan setelah ramai umat Islam bersolat dan beraktiviti di sana maka adalah mudah golongan Illuminati mengintip mana-mana umat Islam yang sangat tegas pendirian syariah Islamiyahnya.

Ayat tersebut dengan jelas memberitahu tujuan sebenar masjid itu adalah untuk tujuan mengintip. Ayat tersebut memang benar kerana dana membina bangunan 13 tingkat Cordoba House yang di dalamnya akan mempunyai masjid datang dari sumbangan organisasi-organisasi Yahudi elit seperti Rockefeller.

Adakah kelompok Yahudi elit ini sengaja menghabiskan duit beratus-ratus juta dollar untuk berbakti kepada umat Islam? Adakah mereka benar-benar untuk membantu?

4. “…dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara).

Maksud ‘ketara’ dalam ayat di atas ialah ‘terbongkar’ atau sudah kelihatan. Dengan pertolongan Allah Subhanawataala, sesungguhnya tidak semua perancangan rahsia Yahudi sentiasa berjaya diselindung. Kini maklumat tentang penyumbang-penyumbang rahsia yang berada di belakang Cordoba Initiative sudah lebih sebulan terbongkar.

Kini, perkara yang terbongkar bukan sahaja setakat penyumbang-penyumbang ‘misteri’ seperti Rockefeller, malah pembinaa Masjid Ground Zero dipercayai didalangi oleh agen-agen CIA antaranya ialah R. Leslie Deak. Leslie terlibat dengan pengurusan Cordoba Initiative sejak 2004 lagi dan pernah menyumbang dana peribadi sebanyak USD98,000 kepada organisasi itu.

Leslie merupakan ahli lembaga penasihat rasmi bagi Cordoba Initiative di New York dan cawangannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat utama Leslie iaitu Patriot Defense Group adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengurus kos-kos semua operasi agen CIA di Timur Tengah. Leslie pernah berkahwin dengan wanita Yahudi, dan kini berkahwin pula dengan wanita Islam, Moshira Soliman

(Kiri) Leslie Deak bersama isterinya, Moshira Soliman (Kanan) David Rockefeller, raja konspirasi Yahudi elit antarabangsa. Berumur 95 tahun dan masih kuat bergerak merata ke seluruh dunia.

5. “….mereka bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata.”

Tetapi pada akhir ayat tersebut disertakan satu ‘ungkapan’ kata-kata golongan munafik iaitu mereka mendirikan untuk tujuan kebaikan semata-mata. Apakah ungkapan ini sengaja untuk mengindahkan ayat 107, tentunya tidak, ia adalah amaran nyata dari Allah.

Buktinya, di dalam semua temu ramah yang disertai Imam Feisal Abdul Rauf, beliau sering mengulang-ulang kenyataan pembinaa masjid dan Cordoba House adalah untuk ‘keamanan’ dan mengeratkan ‘perpaduan’ antara Islam dengan Kristian dan Yahudi.

Jelaslah bahawa keseluruhan intipati ayat 107 sangat tepat bunyinya dengan situasi sekarang ia seolah-olah mengisyaratkan berita masa depan untuk renungan umat Islam.

Surah At-Taubah, ayat 109;

Maksudnya;

“Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Di bawah ini kami cerakinkan intipati ayat 109 dan membuat kesesuaian fakta dengan situasi-situasi yang berlaku sekarang ini. Lihatlah kebenaran ayat 109.

Keseragaman Peristiwa Dengan Ayat 109

1. “….ataukah orang yang membangunkan masjid ….”

Ayat di atas menunjukkan amaran Allah tentang perilaku seseorang yang melakusan sesuatu urusan kerja pembinaan masjid. ‘Orang’ yang dimaksudkan boleh jadi merujuk kepada pemimpin Cordoba Initiative, ASMA , pemaju dan individu lain yang terlibat.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab untuk membina Cordoba House dan Masjid Ground Zero juga boleh dinisbahkan pada maksud ‘orang’ yang diterjemahkan itu. Ini kerana, pengarah Soho Properties, Sharif El-Gamal mempunyai identiti Islam yang meragukan walaupun baru memeluk Islam pada 2001.

Ia kerana walaupun Sharif El-Gamal (gambar) seorang Islam namun beliau juga adalah ahli pertubuhan Yahudi di Manhattan (Jewish Community Center of Manhattan) malah anak perempuannya juga didaftarkan sebagai ahli kelab renang di pusat tersebut. Sharif juga pernah disabitkan pelbagai kesalahan jenayah sejak 1990.

(atas) Sharif El-Gamal ditemu bual wartawan.

2. “….masjid yang didirikan di tepi jurang (hampir) runtuh, ….”

Intipati ayat ini sangat jelas kerana ia merujuk terus kepada bangunan masjid yang bakal dibina di tepi tapak runtuhan World Trade Center (WTC). Cordoba House dan Masjid Ground Zero s dalam kertas kerjanya menyebut akan dibina 600 kaki atau 2 blok daripada Ground Zero dengan setinggi 13 tingkat

Gambar di atas menunjukkan blok bangunan (bulatan merah) yang bakal diubahsuai dan dijadikan Masjid Groud Zero. Imej runtuhan tersebut adalah Gorund Zero.

Mengapa di dalam ayat di atas disebut jurang? Sedangkan tiada ‘jurang’ yang kelihatan pada tapak Ground Zero melainkan saki baki runtuhan WTC.

Pada pandangan kami (ini bukan sejenis tafsiran ayat Al-Quran), jurang tersebut jelas merujuk kepada fizikal World Trade Center jika dilihat dari posisi atas atau ‘cloud view’. Kedudukan dua blok WTC yang tinggi menampakkan ia seakan-akan jurang yang mendalam. Lihat gambar bawah.

Allah Mencela Orang Yang Merendah-rendahkan Hikmah Ayat Al-Quran

Dalam surah At-Taubah, ayat 124;

Maksudnya;

“Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Dan adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).”

Allah Maha Bijaksana dalam urusan wahyuNya, lihatlah sahaja pada surah At-Taubah, ayat 124

Ayat di atas sudah cukup untuk membalas ejekan sesetengah golongan Islam yang selalu memandang rendah akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Ia juga menjadi peluru hidup kepada sesetengah golongan Islam sendiri yang selalu menganggap setiap kejadian di dunia hanyalah ‘kebetulan’ sahaja dengan apa yang difirmankan dalam Al-Quran.

Rahsia Lain Surah At-Taubah

Di sini kami akan tunjukkan betapa hebatnya firman-firman Allah dalam Al-Quran dan mukjizat terselindung di sebalik ayat-ayat tersebut.

Pertama : Lokasi Masjid Ground Zero

Beza antara ayat 107 dan 109 (At-Taubah) adalah 2 iaitu (109 -107 = 2), maka dapat dilihat bahawa lokasi bangunan yang digunakan untuk membina Masjid Ground Zero ialah 2 blok daripada tapak runtuhan WTC.

Kedua : Tarikh kejadian 11.09.2001 atau 911

Ayat 107 dan 109 ini terkandung dalam surah At-Taubah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa surah At-Taubah berada pada surah ke-9 dan juz ke-11.

Hikmah di sebalik Isu Pembakaran Al-Quran

Sesuatu yang ditakdirkan Allah sudah pasti membawa hikmah, ia bukan persoalan nasib tetapi pengajaran serta amaran yang cuba dilemparkan Allah ke atas hati-hati umat Islam.

Disebalik isu ini dan pembongkaran Al-Quran tentang Masjid Ground Zero, ia sedikit sebanyak boleh menyedarkan umat Islam bahawasanya umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam setiap isu sensitif yang cuba dibangkitkan oleh puak kuffar.

Umat Islam juga harus lebih sedar bahawasanya perancangan sulit Yahudi bukan setakat menceroboh negara-negara Islam melalui peperangan-peperangan yang dicetuskan tetapi perancangan itu boleh berupa sebuah pertubuhan Islam, gerakan Islam, persidangan hatta mungkin orang Islam sendiri sebagai tali barut zionis.

Na’uzubillahiminzaalik

^,^

Tuesday, September 14, 2010

Kes pembunuhan kejam di Malaysia

disebabkan kes pembunuhan sosilawati...maka hari ni jenuh aku mengadap internet dan buat sikit research la... tentang pembunuhan kejam di Malaysia. ada diantaranya selesai, dan ada diantaranya masih belum terungkai!

KRONOLOGI


23 Julai 1993
-Di kerat 18!

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan itu ditemui dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong.

datuk mazlan berbaju biru

18 Jun 2003
- Dirogol, dibunuh dan dibakar

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.


25 Disember 2003

- Rogol dan bunuh!

Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta Samsudin, 22, ditemui mati dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat dan kakinya juga diikat. Beliau disyaki dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas.




27 November 2006
- Dibunuh dan Diletupkan!

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.



17 September 2007

-diculik, diseksa, dirogol, diliwat, TERBUNUH!


Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.





5 Januari 2010
-Sakit jiwa dan Masalah mental.


Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh oleh cucu sendiri, Rasidi Ismail, 32, di dalam dua rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin. Mayat Atan Daud, 90, ditemui dalam keadaan putus tangan kiri di sebelah mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya, selain menantu, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah, 22.


sebenarnya banyak lagi kes yang kejam, zalim dan mengerikan berlaku kat malaysia ni tapi ini antara yang berprofil tinggi dan mendapat perhatian yg meluas.
^,^

raya ketiga : sosilawati dibunuh dan dibakar! innalillah.....

pagi hari raya ketiga...bangun tidur pukul 9!
haha...ape buruk pe'el anak dare kan..:p
bangun je tido terus on laptop, mcm biasa online FB jap..

terbace status seorang kawan..katanya sosilawati dan 3 yg lain yg dilapor hilang telag dibunuh dan dibakar! OMG....terkejut aku... terus aku jerit panggil mama... 'mama...sosilawati mati dibunuh!'. jeritan maut pagi hari raya...ko paham2 la..semua dengar.

mama 'ye ke?'
abang han 'mane taw?'
ayah nik 'aku kata dah'
cumi 'betul ke?'
kakak 'x caye lah'
acik 'yg hilang tu ke?'
adik 'ade dlm paper ke?'
macam2 respon dorang bagi...
aku plak jadik konpius...BETUL KE NI???
terus aku bace akhbar online...SAH! mmg sosilawati dan 3 yang hilang telah mati dibunuh dan mayatnya dibakar dan abu mayat telah dibuang di pantai Morib! itu ape dlm akhbar khabarkan... astaghfirullahhal'azim...akal logik aku xbelh nk terima...

inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un

semua mengadap tv...nk tunggu berita terkini...masing2 mcm caye x caye.. terbayang wajah2 keluarga masing2 yg baru semalam rasenye tgk brite mereka merayu keempat2 mangsa pulang dengan selamat... menetes jgk air mate! kejam dan tidak berperikemanusiaan! x dpt nk bayangkan...bagaimana terseksa keluarga mereka utk menerima berita ini... aku doakan agar roh mereka dicucuri rahmatNYA dan aku mohon pd Allah agar semua yg bersalah akan menerima hukuman setimpal. agar PDRM dpt memperoleh bukti2 kukuh utk mensabitkan kesalahan! kpd keluarga mangsa, tabah, sabar dan redha dengan ape yg berlaku... ^,^

Wednesday, March 4, 2009

Nadya Suleman (octoplet pregnant mum )

Noah, 12.1 kilogram, Maliah, 1.24, Isaiah, 1.47, Nariah, 1.13. McCai 680 gram, Josiah, 1.24 kilogram, Jeremiah, 595 gram dan Jonah 1.21 kilogram.

Lapan bayi ajaib dilahirkan pada 26 Januari lalu. Pasukan perubatan seramai 46 orang di Hospital Kaiser Permanente mulanya menyangka hanya ada tujuh. Tetapi, tiba-tiba muncul bayi yang kelapan. Ia mungkin terlindung oleh adik-beradiknya yang lain ketika ujian pengimbasan.


>8 bayi kembar itu diperolehi nadya kerana dia tidak mahu membazirkan baki enam embrio yg disimpannya, maka Nadya meminta doktornya menanam semua embrio itu pada dirinya. Dia tidak sangka semuanya akan hidup dan dua daripadanya akan membentuk dua lagi pasangan kembar menjadikan ia 8.

>dengan 8 bayi kembar itu, Nadya terpaksa menukar 250 lampin seminggu dan menyuapkan makanan 320 kali kepada anaknya, tetapi ramai pakar sangsi keupayaannya.

>Nadya telah melahirkan kembar 2(caleb&calyssa) dua tahun lepas sebelum melahirkan kembar 8 ini.

Look at her tummy...wow...octoplet pregnant belly....


enam orang anak yg terdahulu.

(clockwise: Amerah 6, Joshua 5, Elijah 7, Aiden 3, Caleb&Calyssa 2)


visit her web
http://www.thenadyasulemanfamily.com/
^,^
Related Posts with Thumbnails