Sunday, November 11, 2012

cuti cuti jomm

halo halo...
cuti sekolah dah start..tp ape aku kesah...aku bukan budak sekolah lagi... cuma skrg aku menunggu buah2 hatiku datang...bile cuti sekolah muncul la mereka hihi... rindu sgt ngan adif, yaya, caca...dah lame x jumpe.. skrg nahdan ade kat umah, sian dia kena chicken pox...

ini nak cerita pasal cuti, skrg aku pening, mikirkan tahun depan nak bercuti kemana...hahaha... nak bercuti pon pening kan. alkesah aku pening mane tempat nak pilih... niat hati nak sgt ke vietnam, sbb aku mmg suke tempat yg lain lifestyle dr kite.mcm thailand pon aku teringin nak pergi. lepas tu kawan aku nak ajak g bandung, mama plak ajak ke beijing.... adoiii...xkan nak pergi semua...kayo hangg!!

pergi bandung ok juga, tp ade masalah dia... nak ke vietnam sape nak join skali?? beijing plk harga mahal sikit, cuaca plak skrg winter..januari nanti pon still winter lg...cemane niii... aku ni kekadang bermasalah skit nak buat keputusan, itu yg jadi pening..huhu

terpikir gak,,,aku ni mmg x berpendirian ke, jenis suke ikut orang atau aku ni jenis yg sgt jaga hati orang...hahaha.... mane 2 lah... kalo kamu, mane mo pergi?? kasi tahu aaaaah


updated:
akhirnya aku pilih bandung... ^,^

Thursday, November 8, 2012

La Ikraha fi Ad-Din

~ Random Thinking ~

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

wahai anak adam, jika 5 perkara diatas kamu sanggup melakukkannya...maka islam lah kamu... sesungguhnya tiada paksaan dalam memeluk agama islam...tetapi yakinlah kamu anak adam bahawa islam lah agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. islam itu benar...

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

wahai anak adam...jika kamu seorang islam maka haruslah kamu beriman kepada 6 perkaran diatas. Allah, malaikat, alquran, rasul, akhirat dan juga qada' qadar. yakinlah dengan k
ewujudan Allah swt, sang pencipta segala makhluk di alam ini, percayalah kpd kewujudan malaikat, pesuruh Allah. hiduplah kamu berlandaskan kitab suci alquran dan sunnah nabi, ingatlah kamu akan hari akhirat, tempat perhitungan segala amalan kamu, tempat yg kekal abadi, dan juga haruslah kamu yakin dengan qada dan qadar Allah...redha dengan segala ape yg terjadi ke atas mu kerana kita tidak punya kuasa, hanya Allah punya kuasa!

Terapkanlah nilai2 6 Sifat Para Sahabat ini dalam hidup mu wahai sahabat seISLAMku.

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah” - tiada tuhan selain Allah, nabi muhammad itu pesuruh Allah.

2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk - solat itu tiang agama!

3.Ilmu zikir - ilmu dan agama berpisah tiada.

4.Ikromul muslimin - jagalah hubungan silaturahimmu.

5.Ikhlas niat - ikhlas adalah kunci segala-galanya.

6.Dakwah dan tabligh - tiada paksaan dalam islam tetapi menjadi kewajipan ke atas setiap mereka untuk menyeru dan mengajak manusia kepada Islam.

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

al Baqarah : 256

Firman Allah;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”

[Al-Baqarah : 217]

"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di muka bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"(Yunus 10: 99)

p/s: mungkin saya tiba2 menulis entry ini kerana dipengaruhi oleh isu yg sedang hangat skrg ini!
^,^

Sunday, November 4, 2012

Persatuan Seni Fotografi Daerah Dungun (PESAD)

 yeay! yeay! akhirnya saya ahli persatuan...persatuan seni fotografi... nak kate minat bergambor mmg iye tp utk jd profesional mmg idok ler. tp ini hanyalah utk suke2 plus mahu tambah aktiviti dalam SKT kerja. inshaAllah niat mmg nak bergerak aktif dlm persatuan ini tapi satu je lagi jd halangan....ermmmm... saya mane ade dslr... nampaknyer next year kena sambar dslr ler jawabnyer kan... wow...mampu ker?? haha... inshaAllah kite tgk bajet la yea...

majlis dirasmikan oleh Penaung Persatuan, YB Datuk Hj Za'abar bin Hj Mohd Adib, Pengerusi JK Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, merangkap ADUN Rantau Abang

tq kak ina temankan saye wink wink... tp berbaloi kan dapat hamper haha

^,^
Related Posts with Thumbnails