Tuesday, December 6, 2011

2AM - Never Let You Go (Japan Version)



^,^

Hari Assyura (10 Muharram)

14 Perkara yang dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Sunat Assyura (9 dan 10 Muharram)
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

p/s: 10 muharram jatuh pada hari ini...6 december 2011...
^,^

Sunday, December 4, 2011

12 Lagu Ke Final AJL 2011

1. KALAU BERPACARAN – Ana Rafali, Suhimi Meor Hassan, Ultimate
-seperti diramal :)

2. KARMA – Faizal Tahir
-come on lah byk lg lagu best2 kot

3. PENAKUT – Yuna
-ok lah

4. SEDETIK LEBIH - Jaclyn Victor (Anuar Zain)
-lagu ini sedap..tapi lelaki ini mana?

5. AWAN NANO – Hafiz AF7
-seperti diramal..malah aku ramal juara AJL ni :p

6. CINTA MUKA BUKU – Najwa Latif
-aku sukeeee lagu ni...haha

7. WANITA SELURUH DUNIA – Projek Pistol
-erkkk??? haha T_T

8. BERIBU SESALAN – Shiela Hamzah, Jacquline Victor, Ning Baizura
-seperti diramal :)

9. KEKANDA ADINDA – Monolog dan Atilia
-seperti diramal :)

10. SUNGAI LUI – Aizat
-seperti diramal, ni pon bakal juara AJL gak ni hihihi

11. KISAH HATI – Alyah
-ini kalo x dpt ke final mmg xtaw nak cakap ape ah...terbaik nih..

12. GADIS SEMASA – Yuna
-yuna dapat sampai 2 lagu tapi lagu biasa2 sajerrr...ek??? ^,^

Review Filem Ombak Rindu

oh OR sedap kot citer ni. mmg best, segalanya cukup rasa...mmg aku warning diri ni dont expect filem ini akan sama 100% dari dalam novel. 2 jam filem mane nak sama ngan baca novel yg ntah2 3 hari bace pon belum settle kan. so yg mana terlebih terkurang itu adat lah..yg penting lakonan maya superb, lakonan lisa marvelous, lakonan aaron...ohmaigadd makin jatuh hati ngan lakonan aaron aziz hokayyy... dengan lagu latar yang mmg sesuai sangat..menangis x ingat haha

aku puas hati..mane tak nye 2 kali aku tgk cerita ni kat panggung dalam mase 1 hari! haha...ye aku taw mmg over..tu pun ade lg rase nak tgk lagi sekali... ombak rindu novel yg paling aku suka, paling aku sayang, paling aku akan sentap kalau hilang..so bila difilemkan novel ni mmg aku tunggu sgt2. aku paling frust kalau novel favourite yg difilemkan x tepati selera aku tp ombak rindu x mengecewakan.

cuma personally aku rase babak2 ranjang, peluk2 atas katil segala bagai tu x perlu kot..ajak budak2 tgk pon x selesa. as kita ni rakyat malaysia yg penuh dgn adat ketimuran dan agama islam yg melarang perkara sebegitu sepatotnya x de babak begitu pun lg baik. lagi pun aaron suami org, maya at that time isteri orang..so mmg x manis la. mcm aku kalau xde babak mcm tu pun kita leh assume sendiri jer ape jadik..hahahhahahahahahahaha

okbai:) ^,^

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu time

Esok pagi nak pergi tengok filem ombak rindu..yeay xcited ni..hehe.. Giler payah nak dapatkan tiket, beli hari khamis utk tengok hari sabtu. Seriously ini first time aku beli tiket awal sb selama ni aku beli tiket on the spot je. Nak tengok baru beli..tp utk ombak rindu mmg kena beginilah. Kisahnya kemarin (khamis) kawan aku ajak g tgk citer ni, so kami gamble je g panggung, last2 semua sold out! Bayangkan utk tayangan jumaat pun penuh jgk, yg ada sabtu jadi aku ambik je lah. Disebabkan hari minggu jadi aku ajak adik2 aku skali la esok.. Aku n kawan beli 10 kpg tiket, itu baru kami kan, yg blakang2 kami pun beli berkeping2 jgk. Last2 utk sabtu pun full house jugak..mmg dahsyat. Lg dahsyat ada jugak mat2 rempit beli tiket..citer romantik kot hahaha.. Ahh tak sabar tunggu esok lalalalala ^,^
Related Posts with Thumbnails