wahh...dorang dah kawen lah. kawen kat thailand lagi...hu3. ape kes...? melepas lah sape yg berangan nak kat aidil kan3... rita dah sign kontrak dah. tp dgr khabar x dpt restu drp family aidil...no komen lah. ape2 pun...selamat pengantin lame sbb dah kawen feb lepas....sisipan dalam akhbar utusan malaysia
Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 32, sah bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 21, di Songkhla, Thailand pada pertengahan Februari lalu. Bapa pemain bola sepak itu, Abdul Radzak Salleh, 59, berkata, Aidil Zafuan mengesahkan berita tersebut melalui anak sulungnya, Ruzithana Razak Abdul Radzak, 37, dua hari lepas. ‘‘Di sini, saya mahu mengesahkan anak lelaki saya sudah pun berkahwin dengan Rita dan berita yang digempar-gemburkan sebelum ini adalah benar,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
^,^
