Sunday, April 3, 2011

Akademi Fantasi 9 sudah bermula...demam tak?


Senarai 12 Pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9 2011) :
  • Ahmad Afif Tirmizie (Afif)
  • Mohamad Amirullah Jahari (Amir)
  • Mohamad Azri Abdullah (Azri)
  • Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul)
  • Nur Khaidir Muhd (Kay)
  • Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib)
  • Nur Suhada Jebat (Aida)
  • Nur Atiqah Shariffudin (Eka)
  • Zulaika Zahari (Laika)
  • Lenaber Haidir (Lena)
  • Roshammizah Rosli (Miza)
  • Queennera Francine Francis (Nera)
buat mase sekarang yg konsert tirainya baru je semalam aku tengok, aku masih belum punya peserta favourite. kalaupun ade yg menarik perhatian skit afif n nera. c nera ni muke macam tiz zaqyah ler..haha, comel jer. ape yg bagos kali ni, aku boleh ingat mane satu afif, lena, miza, raqib, erul, azri, kay, aida, eka, nera, amir dan laika. wah hebat2...=p. eh, dulu af8 yg mane satu shahir pun gagap nak ingat OK! haha... kalau nak tahu lebih lanjut pasal af9 ni dan nak kenal2 lebih lagi ngan peserta2 kali ni sila lah ke laman web rasmi af9 ~klik sini~

p/s: tahniah amy search dilantik sebagai pengetua AF9...kudos to produksi af9 semalam kerana hampir2 berjaya membuat aku terpikir ahmad dhani dewa akan menjadi pengetua af9 dengan menggunakan lagu2 dewa utk memperkenalkan tuan pengetua.. *apekejadahnyerlaaaa....

... ^,^

Tuesday, March 29, 2011

hujan rahmat

dah seminggu hujan tak berhenti...
kadang2 lebat, kadang2 renyai2...
jangan banjir sudah la bha...
skrg x kire musim, kalau nak hujan x tunggu musim tengkujuh dah..redah jer. cuaca mmg x menentu skrg..org kate akibat drp pemanasan global, bumi sudah tua. dunia mmg di akhir zaman skrg, hakikat yg perlu diterima.

saje mencoret kata pagi ni..atenye teman sorang2 di opis, breakfast pun blom lagi. hujan, susah nak kuar. kadang2 bila bersendiri kita banyak berfikir tentang semua perkara tp bila ramai2 kita hanya berfikir tentang hal yg berlaku di depan kita aje.

... ^,^

Monday, March 28, 2011

Shampoo Ba Wang

korang ade masalah rambut x?
rambut gugur? mudah putus, rapuh...?
ade x?
aku mmg bermasalah ngan rambut...
rambut berguguran mcm musim luruh..huhu
tp mmg serius beb rambut aku sekali gugur mmg gugur airmata aku nengok.
dah macam2 jenis shampoo aku try, tp result tetap keguguran jgk.
dah give up rase nak botak jer...lallaalala:p
sape2 ade petua nak kurangkan rambut gugur, share ler.

ade kawan aku, dia suggest suh pakai shampoo BaWang. mula2 tu saya ingat shampoo bawang. ala bawang yg masak2 tuh..kehkehkeh... rupanya nama Ba Wang..cissss.:DDD , kat watson ada shampoo ni. ada 2 jenis yg aku jumpe, yg anti-fall hair dan satu lg utk lebat hitamkan rambut. yg buat aku tertarik, ade muke jackie chan la..haha, mesti rambut akan sehebat jackie chan kan kan kan..wahahahaha.. harganya pon boleh tahan..hope berbaloi ok.


p/s: semalam baru try ni..kena tunggu result dalam seminggu kot. aku suke ngan bau dia..mcm bau ubat herba..:)

... ^,^

Sunday, March 27, 2011

kek ciffon

kek ciffon kek kegemaran saya... tp x reti nak buat. ini kalo sebijik boleh dihabiskan...haha..
kek ni pun jiran yg kasik, mmg dia pakar buat kek. nak blaja ngan dia segan la, mmg konpem aku x reti.. ini kalo beli kat kedai mahu 6,7 ringgit kan..



dah siap potong2, waaaaaaa sedapnyer...malangnya dah habis ni. uwaaa nak lagi..

... ^,^

Filem ...(anu) Dalam Botol Porno???

kalau korang datang tgk filem ni kat panggung semata2 nak tengok babak seks..mmg tak dapat lah. ini bukan cerita prono beb. ini satu cerita tentang penyesalan, pengajaran..aku heran kenapa 18sx sedangkan budak2 skrg patot tgk cerita ni supaya mmg x sesat mcm watak dalam ni. dah terlajak baru nak menyesal...

mula2 bile aku decide nak tgk crite ni macam pikir jgk betol ke aku ni. cerita lain byk ni tp aku pilih nak tgk ...dalam botol. (ade cerita ratu the movie..oh mmg tak ah!). cerita merong pun ade tp xpe, merong dah ramai org tengok. meh kita layan cerita yg org rase x nak tgk tp sepatotnya mereka ke pawagam dan tonton filem ini.

cerita ini mendatar jer jalan ceritanya, tp dalam mendatar pergerakan cerita tu kemas, aku faham ape nak disampaikan. muzik suspen ya ampun, mcm aku tgk crite hantu..haha. ujung2 cerita aku ngaku ler aku hampir2 nak menangis =p, tacink beb huhu. penyesalan tiada guna kate org...mmg dahsyat!

pelakon2 utk filem ini pun mantap2, selain pelakon baru arja lee n wan raja..yg lain semua lame2. ogy, normah damanhuri, jalil hamid..otai2 tu dan diana danielle. arja lee hensem jgk eh..wakakaka... bg aku tgk crite ni mcm makan buah mata kucing..sedap, merbahaya, x kenyang dan x cukup..ngeh3 ~~~


"... Sungguh, sejak itu...
setiap pagi nafasku berlagu kesal...."

"... Penglihatanku berdindingkan kesal..."

"... Wangian yang kuhidu berbau kesal..."

"... Kini hanya penyesalan yang tak berkesudahan...
menjadi teman hidupku..."

"... Ampunkan saya emak...
Maafkan abang, Dina..."

berdasarkan sebuah kisah benar... yang wujud dan menghantui kisah silamku..'




p/s: ape kate korang ringankan bontot pergilah tonton filem di pawagam, kalau rase cerita ni lucah, 18sx...lupakan. tiada lucah pon, x mengghairahkan langsung!

... ^,^
Related Posts with Thumbnails