Sunday, August 2, 2009

mereka dah nak balik lanchang

yaya n adif dah stay kat dungun sebulan dah, kalau ikutkan along nak suruh stay sini sampai dia habiskan study dia 4 bulan kat maktab. ***along aku sambung degree jadik dia kena stay kat maktab 4 bulan, lps 4bln dia kena blaja ujung2 minggu plk selama 4 tahun. mulanya along igt utk 4 bln ni yaya n adif dia nak letakkan kat dungun je. dia balik la tiap2 minggu, xpun 2 minggu sekali. tp mama suruh along ambik bawak balik budak2 tu sbb kat dungun skrg ni H1N1 mmg tahap serius. mama plak keje hospital, tiap2 hari mama kalau balik keje, masuk ikut pintu blakang n trus pergi mandi. then barulah main2 ngan cucu dia. H1N1 dah parah sgt kat sini, jgn main2 ngan H1N1, kat hospital dungun 5 org kakitgn hospital dah positif H1N1. ngeri jgk dgr...pesakit xyah ckp la. ramai sgt, aku nak pergi hospital pun takot. mama xpe la, dah cucuk vaksin. sape yg lemah antibodi mmg kena. jadik sebelom ape2, baik berwaspada kan. along pun mcm risau jgk, anak2 dia atenye.

katenya hari ni meke nak balik pagi, maybe dlm kul 11 kot. tp aku xdpt la nak bubyekan, aku keje lorhh... haish...sedey wey....kat umah dah x huru hara. BS....boring + sedih la... ^,^

Saturday, August 1, 2009

pewarisan yasmin ahmad @ majalah3

huhuhuwuwuuwu....sebak weyh... meleleh2 airmata aku. tadi aku sempat tgk majalah 3 'pewarisan yasmin ahmad'. aku sebenarnya nak tgk pentas pilih kasih, malam ni tema bollywood. nak jgk layan lagu2 hindustan...tp keinginan nak tgk majalah 3 melebih2 pulak. seriously aku rase x rugi aku xtgk pentas pilih kasih dan jgk jgn lupa lirik sbb tadi selepas nengok 'pewarisan yasmin ahmad', aku mendapat suatu pengajaran. mula2 start majalah3 tu, aku boring jgk, interview org ini, interview org itu, tp bile kuar mak inom ngan pak ahmad, mendengar luahan rasa drp mereka, tetibe aku jdk sebak, tertahan2 airmata tp tumpah jgk. sedih giler dgr mak inom bercerita... yasmin ahmad sebagai seorang pembikin filem, aku rase dia biasa2 saje. tp as a daughter, aku rase yasmin ahmad mmg satu dlm sejuta. susah aku nak bayangkan, nak diluah dgn tulisan pun aku x dpt nak ceritakan. sape yg tgk majalah3 tadi, korang mesti dengar segala kata2 yg kluar drp mulut seorang ibu yg namanya INOM. trus terbayang muka mama, adakah layanan aku utk mama same macam layanan yasmin pd maknya. yasmin ahmad mengajar aku sesuatu, sebagai seorang anak...ibu dan bapa adalah segala-galanya. jgn kita hanya pandai berkata2 tp buktikan ia melalui segala perlakuan kita. meletak ibu dan bapa setinggi2 martabat, dan kita serendah2nya.

kate yasmin pada adiknya
'my whole life, i always make mother happy. dont u make her sad'. ^,^

sayur lemak kulit rambai

puas rase hati dpt makan sayur rambai ni.
my peberet...hehehe...
sonang yo nak masak ni, meh aku kongsi resepi.- mula2 kupaskan la buah rambai ni, isi dibuang, kulit disimpan.
- lepas tu kulitnyer kena rebus sampai mendidih.
- sejatkan kulit tu dan masukkan dalam ambik periuk.
- masukkan santan (jgn pekat sgt, jgn cair sgt, pandai2 la kamu agak).
- masukkan skali lada hidup potong dua, bawang besar potong dua dan ikan kukus.
- ikan kembung or ikan selayang kamu kukus lebih kurang 4 ekor.
- lepas tu buangkan tulang n kepala ikan, hancurkan dan masukkan ke dalam sayur tadi.
- last skali letak garam secukup rase kamu sendiri.
- letak atas dapur, kacau2 sampai mendidih.
- tutup api, dan boleh dimakan.
opsss...satu lagi tertinggal, PETAI. tu yg penting...hehe...
baru la sodap tuk dimakan.
^,^

penghargaan selepas pemergian

yasmin ahmad dalam kenangan
1958-2009

hari ni tetiba aku rase nak menulis sesuatu pasal arwah yasmin ahmad. walau dah seminggu beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir, tp rasenya kehilangan beliau masih lagi berbekas dihati org2 yg mengenali yasmin ahmad. setiap cerita peribadinya korek, didedah, dijadikan bahan debat. sampaikan status dirinya suatu masa dulu menjadi bahan bualan dimana2. malam ni plak majalah 3 TV3 akan menyiarkan siaran khas untuk yasmin ahmad. untuk penghargaan terakhir utk beliau.

dan aku sendiri sebetulnya bukanlah mahu menulis mengenai yasmin ahmad secara peribadi tetapi mengenai bagaimana seseorang itu hanya mendapat pengiktirafan setelah dia tiada lagi diatas muka bumi ni. maksud aku bukan pengiktirafan drp segi award atau sanjungan tp kasih sayang. yasmin ahmad, siapa x kenal kan. boleh katakan semua filem yang dia bikin akan timbul kontroversi. padahal kalau mahu dihitung, kehadiran beliau dlm industri seni tanahair hanya singkat saja. dari drama rabun ke filem sepet, gubra, mukhsin, muallaf, talentime, semuanya akan menarik perhatian pengkritik. arwah pernah dikritik hebat, dihina, dikutuk...semangat patriotik arwah pernah dipersoal. bahkan pasal agama pun pernah menjadi bahan debat hanya kerana hasil kerja beliau membikin filem.

tapi lihat, setelah arwah pergi meninggalkan semua ni, arwah bagaikan mendapat satu sanjungan yg teramat tinggi. kehilangan beliau dianggap sebagai satu kehilangan besar, diletakkan sebagai satu dlm seribu, sukar dicari ganti. seluruh masyarakat tiba2 menangisi pemergian beliau. sampaikan aku sendiri jadi keliru, rupa2nya ramai yg sayang pada yasmin ahmad. mungkin filem2 nya sebelum ini byk mengajar kita semua tentang kasih sayang atau mmg lumrahnya begitu hanya setelah kita pergi selama-lamanya barulah kehadiran kita selama ini dihargai....:(

^,^

akhirnya hairi dinobat anak wayang musim pertama

hairi dan hafiz

nak tunggu habis anak wayang sampai tertidur2 aku depan tv. lame giler nak umumkan sape yg menang. peserta 2 org je yg bertanding tp pukul 12.30 pun x dpt tahu lagi keputusan. meleret2 plak pd aku, x berapa nak gempak. aku x berapa layan sgt anak wayang, tp saje la nak tgk sape yg menang. tunggu jgk la depan tv tersengguk2. ape2pun tahniah buat hairi...n buat hafiz jgk. rasenye hairi mmg lbh bagos pd hafiz.

***sedap jgk suara rusdi ramli ek? ^,^
Related Posts with Thumbnails