Saturday, December 31, 2011

tabahkanlah hatinya...

Allah...
menitis airmata ni baca blog Mawar Nafastari, blog seorang isteri yang kehilangan sang suami. usianya muda, perkahwinannya masih muda, anak2 masih kecil, tapi Allah telah menentukan jodoh mereka tidak panjang.

aku dapat link blog ini daripada isteri kepada seorang kawan, rakan sekerja aku yang telah tiada iaitu arwah mohd firdaus. isteri arwah linkkan blog ini di FB nya, dari situ aku sampai ke blog ini. jalan kehidupan mawar nafastari barangkali mirip jalan kehidupan liliey, isteri arwah firdaus, rakan sekerja aku. masih muda, kehilangan suami, anak masih kecil tapi liliey lagi tercabar kerana suami meninggalkannya disaat di sedang mengandungkan anak kedua. till now liliey still preggy, bulan 2 due datenya.

Allah..Allah..Allah... semua yang berlaku atas kehendakkan Mu jua. berat mata aku memandang, berat lagi bahu liliey dan mawar menggalasnya. semoga Allah memberimu ketabahan wahai sahabat. kamu wanita istimewa yang dipilih Allah untuk diuji....

p/s: suami mawar juga ada blog iaitu nafastari...mmg arwah seorang blogger.. ^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails