Thursday, January 20, 2011

American Idol all the way...

Juara American Idol Sepanjang Musim Lalu
dan perkembangan terkini mereka:


Musim pertama: Kelly Clarkson - Sebaik saja selesai siri jelajah All I Ever Wanted pada tahun lalu, yang menyaksikan dirinya turut singgah di Malaysia, Kelly kini bekerja keras di studio untuk menyiapkan album kelima.

Musim kedua: Ruben Studdard - Ruben menyelesaikan konsert jelajahnya bersama naib juara, Clay Aiken, Timeless, pada 2010, yang menyaksikan mereka beraksi di 17 lokasi seluruh Amerika Syarikat. Ruben akan tampil bersama album baru pada tahun ini.

Musim ketiga: Fantasia Barrino - Fantasia hadir bersama album studio ketiga, Back To Me, tahun lalu dan dia juga mengadakan siri konsert solo pertamanya untuk menyokong album berkenaan. Dia turut membintangi siri realiti berjudul Fantasia For Real yang kini memasuki musim kedua.

Musim keempat: Carrie Underwood - Carrie mencatat memori indah tahun lalu apabila mengikat tali pertunangan bersama Mike Fisher. Dia juga terus bersinar dalam dunia muzik country, dengan menjadi hos bersama Anugerah Muzik Country ke-44, November lalu. Dia turut menggondol trofi keenam Anugerah Muzik Amerika, di samping memenangi enam trofi pada Anugerah Country Amerika, masing-masing dalam kategori Artis Terbaik, Artis Wanita Terbaik, Album Terbaik (Play On), Single Artis Wanita Terbaik (Cowboy Casanova), Video Artis Wanita Terbaik (Cowboy Casanova) dan Artis Jelajah Terbaik.

Musim kelima: Taylor Hicks - Taylor agak menyepikan diri selepas muncul bersama album studio kedua, The Distance, pada 2009.

Musim keenam: Jordin Sparks - Jordin menjayakan siri jelajahnya di Amerika bagi mempromosikan album kedua, Battlefield. Dia turut bekerjasama dengan bintang Australian, Guy Sebastian, menerusi lagu duet Art of Love yang berjaya mencatat jualan platinum di negara terbabit. Kini dia sedang menyiapkan album ketiga pula.

Musim ketujuh: David Cook - David kini bertungkus lumus menyiapkan album studio kedua, yang menyaksikan dirinya bekerjasama dengan ramai nama besar termasuk Chantal Kreviazuk dan John Rzeznik daripada Goo Goo Dolls.

Musim kelapan: Kris Allen - Kris menjayakan siri jelajah solonya pada 2010 sebagai sokongan kepada album sulung yang menggunakan namanya sebagai judul. Dia turut dicalonkan dalam kategori Artis Muzik Baru Terbaik pada Anugerah People’s Choice tahun lalu.

Musim kesembilan: Lee DeWyze - Lee masih lagi menikmati kegemilangan bergelar juara. Dia muncul bersama album sulung, Live It Up, pada November 2010. Single pertama, Sweet Serendipity, kini kencang diputarkan di radio. Dia juga diumumkan pemenang Male Reality/Variety Star pada Anugerah Teen Choice tahun lalu.

^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails