Thursday, December 31, 2009

End Of This Year : Good Bye 2009

hari ni adalah hari terakhir di tahun 2009. seperti tahun2 sudah, tahun 2009 byk memberi aku kenangan dan juga pengalaman. cuma tahun ni agak manis untuk dikenang kerana tahun ni aku kerana telah berjaya mendapat pekerjaan tetap dlm sektor awam. alhamdulillah...aku bersyukur ngan rezeki yg ALLAH bagi pada aku. jom ikut aku recap balik ape yg dah terjadi pada aku sepanjang tahun 2009....

Jan 2009
tahun 2009 menyaksikan keluarga aku bertambah bilangan dgn kelahiran Naufal Nadhil yg comel. anak angah n abg nas...naufal lahir pada 7.1.2009 sebagai hadiah tahun baru utk keluarga kami. cucu ke3 buat abdul hamid dan shamsiah dan anak buah aku yg ke3 jgk!

Feb 2009
bulan inilah aku dpt surat tawaran kerja dr SPA. hilang semua resah gelisah dlm hati kerana menganggur sgt menyakitkan!

Mac 2009
ini bulan kelahiran aku...bulan yg paling aku sayang! bulan ni jgk papa tlah bersara pada 22 mac, tetapi skrg dah sambung balik kerja secara kontrak di sektor swasta. bulan ni aku melapor diri di Putrajaya pada 19 mac 2009, dan melapor diri di PKG Seri Dungun pd 22 mac...ironinya tarikh 22 mac adalah tarikh dimana ayah aku bersara. thats mean, hari pertama aku bekerja adalah hari pertama ayah aku bersara.

April 2009
bulan ni mmg mencabar skit tuk aku. aku masih dlm situasi nak adapt suasana baru ditempat kerja. tekanan tu mmg ada, nama pun pertama kali baru keje tp aku try sebaik mungkin tuk lalui pengalaman ni. bulan ni jgk aku amek exam muet...dpt band 2. aku kan lembap bab BI nih..huhuhu..

Mei 2009
kazen aku, adik reen kawin bulan ni. majlis kawen di majlis wilayah n sanding plak kat putrajaya. gigih kami satu family ke KL nak celebrate same2 di majlis dorang. now, adik tgh pregnant...next year akan jadi mommy. nway...congrats...

Jun 2009
along dpt sambung degree dlm kursus pendidikan bahasa inggeris di maktab kuala lipis untuk naik pangkat ke DG41. acik jgk sambung degree...ijazah bahasa inggeris di UDM. aku plak dpt tawaran sambung ijazah di UNIMAS Sarawak...tp terpaksa tolak sbb aku dah keje. disebabkan along sambung degree dan terpaksa stay di asrama, yaya n adif stay ngan kami di dungun. syok giler bile anak2 sedara ade kat umah...rase cam xnak g keje pun ade...hakhakhak...

Julai 2009
bulan ni aku renovate bilik aku secara besar-besaran...selain katil, almari diganti baru. hajat aku nak miliki tv plasma tercapai juak. akhirnya tertempek jgk benda alah tu kat wall bilik aku. vangge dowh sbb tu duit hasil titik peluh aku sendirik..huhuhu...

Ogos 2009
ogos memberi lembaran buat iman...our youngest sister. buat pertama kali iman bergelar siswi di UNISEL dlm course TESL. bulan ni aku ambik exam perkhidmatan awam untuk pengesahan jawatan dlm perkhidmatan. dan aku lulus...yahoo!

Sept 2009
raya time!!! as always aku satu family sambut raya di losong. tp sedih skit sbb x dpt beraya ngan ayah aku dan juga angah yg beraya sebelah in-law dia. tp raye ttp maintain meriah... bulan ni aku sambar kamera digital nikon, gadget terbaru aku. kumpul2 duit..akhirnya dpt beli. ini pun aset juak!

Okt 2009
dugaan....bulan ni aku dilanda sakit gigi yg maha hebat. tiap2 minggu berulang ke klinik gg tuk buat rawatan. duit pun ikut skali mangalir. itu yg x syok! dan juga setelah 4 bulan yaya n adif stay ngan kami di dungun, akhirnya mereka balik ke lanchang semula selepas along habis belajar di maktab selama 4 bulan. sedih giler time ni...4 bulan aku jadi mommy pada mereka.

Nov 2009
aku tlah menghadiri kursus induksi di Melaka...that was so amazing! kenangan yg sgt indah. bertambah lagi bilangan kawan.

Dec 2009
pada krismas yg lepas, aku kembali lg ke melaka. tp kali ini bersama keluarga, kami menginap di hotel grand star selama 3 hari 2 malam. percutian ke melaka sgt indah, yg indah kerana dpt spent time bersama keluarga. kirenyer percutian ke melaka adalah penutup acara aku pada tahun ini.

di hari terakhir aku pd tahun 2009 : 31 disember 2009 adalah hari aku bekerja...maybe hari ini boleh aku kenang sebagai hari makan pagi bersama nurul di kedai nasi sup! :P
^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails