Monday, February 9, 2009

Valentine's Day / Hari Kekasih

byk post aku tempek kat bawah nun... tu aku copy jer from utusan malaysia. ade 3 posts, panjang2 lebar semua. kalau korang rajin membace, silalah bace....byk input korang akan dpt pasal valentine's day. hari ni baru 9hb, lagik 5hari jumpe lah kita ngan 14hb feb.... dah mmg sinonim sgt tarikh tuh ngan sambutan yg akan diraikan. apekate tahun ni dan tahun2 yg akan datang, cube kita x payah nak dirai hari kekasih. bior jer ia berlalu gitu jer...mmg mission imposible kan!!! semua media akan menwar2kan pasal sambutan valentine. baik majalah, radio, televisyen, syarikat telekomunikasi, semuanya akan terus meraikan valentine's day. tak pernah gagal tiap2 tahun....money comes first....sbb semua org suke pada valentine's day. hari yg ditunggu oleh kebanyakkan pasangan kekasih dimana2 sekalipun, waima seluruh dunia. susah nak dibendung kalau ianya mmg sudah lame bertapak didlm diri, bayangkan sejak kecil kita disogokkan dgn sambutan sedemikian. mmg ia akan menjadi satu perkara yg biasa...sebut 14hb feb, terus igt hari memperingati kekasih. kadang2 kita dah tahu, sejarah valentine's day ni tp kita tetap meraikannya, sbb itu dah jd satu perkara yg biasa. ade plak yg kate, kami sambut valentine cuma nak raikan kekasih atau org tersayang, tak bermaksud ape2 pun. tp ingatlah hukumnya ttp dosa besar.

"Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar"

what ever it is...tepuk dada tanyalah iman. ^,^

0 comments:

Related Posts with Thumbnails